Nilai pendidikan berasaskan makna simbol seni kraf masyarakat gayo pasca konflik dan tsunami dalam konteks sosialisasi (IR)

Kajian ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang jelas secara teoritikal dalam disiplin seni kraf tentang bentuk seni kraf Gayo, motif-motifnya serta fungsi dalam konteks masyarakat Gayo. Seni kraf tradisional Gayo merupakan salah satu hasil kraf tangan dalam masyarakat yang terkandung didalamnya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rida Safuan Selian
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1293
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang jelas secara teoritikal dalam disiplin seni kraf tentang bentuk seni kraf Gayo, motif-motifnya serta fungsi dalam konteks masyarakat Gayo. Seni kraf tradisional Gayo merupakan salah satu hasil kraf tangan dalam masyarakat yang terkandung didalamnya falsafah, moral dan nilai-nilai pendidikan dalam kehiduapan masyarakatnya yangdiwarisi sejak turun temurun. Pengumpulan data dilakukan dengan cara temu bual dengan tukang kraf, pentadbir pada jawatan Dewan Kraf Nasional Daerah dan masyarakat yang dianggap mengetahui tentang perwujudan makna simbol dalam Seni Kraf, serta dengan teknik pemerhatian dan perakaman visual seni kraf dan analisis dokumen dengan menghimpun penulisan artikel yang berkait erat dengan Seni Kraf. Analisis data dilakukan dengan model interaktif oleh Miles dan Huberman dan pengumpulan data dengan mengatur hasil temu bual, catatan lapangan dan benda lainnya yang berguna bagi peningkatan pemahaman pengkaji mengenai subjek kajian, dan menyampaikan dapatan pengkaji melalui rajah/jadual. Dapatan kajian ini menunjukkan bahwa, Seni Kraf yang terdiri dari kraf tembikar,kraf kerrawang dan kraf anyaman adalah jenis kraf yang masih mempunyai falsafah, moral dan pendidikan bagi masyarakat Gayo iaitu berupa tandaatau simbol yang bermakna bagi penghayatan dan pefahaman budaya masyarakat Gayo. Konflik bersenjata dan Tsunami ternyata tidak banyak mempengaruhi seni kraf sama ada dari segi bentuk, motif dan simbol-simbol yang terdapat di dalamnya. Seni kraf kayu gerupel dianggap seni kraf baru yang dimulai di era tahun 80an. Kajian ini membawa implikasi seni kraf dengan sistem pewarisan telah membentuk fungsi kekeluargaan dengan nilai-nilai sabar, tekun, kreatif, mandiri, tanggungjawab, kerjasama dan keagamaan yang baik untuk generasi akan datang.