Kehalusan budi dalam karya Raja Ali Haji (IR)

Kajian ini bertujuan menganalisis kehalusan budi berkaitan dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan kepimpinan. Kehalusan budi juga dimaksudkan ketika berhubung dengan makhluk selain manusia dan dengan Allah S.W.T. Analisis berdasarkan lima buah puisi tradisional Raja Ali Haji iaitu Syair Abdu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Malik
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1294
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menganalisis kehalusan budi berkaitan dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan kepimpinan. Kehalusan budi juga dimaksudkan ketika berhubung dengan makhluk selain manusia dan dengan Allah S.W.T. Analisis berdasarkan lima buah puisi tradisional Raja Ali Haji iaitu Syair Abdul Muluk, Gurindam Dua Belas, Thamarat al-Muhimmah, Tuhfat al-Nafis, dan Syair Sinar Gemala Mestika Alam. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah teori semiotik janaan Charles Sanders Peirce dan juga teori pragmatik untuk mendapatkan makna teks berdasarkan kualiti fikiran, perasaan, idea, sifat, sikap, dan perilaku yang menjadi indeks kehalusan budi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa karya Raja Ali Haji mengandungi kualiti kehalusan budi yang bersesuaian dengan ajaran agama Islam. Berdasarkan teori semiotik, kehalusan budi dalam karya Raja Ali Haji terdiri daripada empat. Pertama, qualisign ikonik rhematik iaitu kualiti sedia ada pada individu yang memiliki kehalusan budi. Kedua, sinsign indeksikal rhematik berkaitan dengan tingkah laku seseorang yang dapat didengar atau diamati. Ketiga, legisign indeksikal dicent iaitu lambang yang bermakna informasi merujuk kepada peraturan tertentu berdasarkan agama Islam dan nilai-nilai Melayu. Keempat, argument iaitu kesimpulan yang dibuat oleh Raja Ali Haji yang dihubungkan dengan alasan tertentu. Kesimpulannya, karya Raja Ali Haji didapati kaya dengan nilai-nilai kehalusan budi, Implikasinya, karya Raja Ali Haji boleh dimanfaatkan sebagai pedoman hidup dan sesuai dijadikan rujukan untuk pendidikan budi pekerti, sama ada di dalam rumah tangga, institusi pendidikan, dan juga dalam masyarakat.