Pembangunan instrumen saringan kemahiran Vokasional murid berkeperluan khas masalah pembelajaran bagi persediaan sijil kemahiran Malaysia

Kajian ini bertujuan membina Instrumen Saringan Kemahiran Vokasional (ISKV)Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (MBKMP) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)bagi persediaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Pembinaan instrumen ISKV berpandukan ModelPembinaan Instrumen McIntire dan Miller...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kama Shaffeei
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=13
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membina Instrumen Saringan Kemahiran Vokasional (ISKV)Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (MBKMP) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)bagi persediaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Pembinaan instrumen ISKV berpandukan ModelPembinaan Instrumen McIntire dan Miller (2007) melalui tiga Fasa iaitu Fasa Satu (Analisa), FasaDua (Pembinaan Instrumen) dan Fasa Tiga (Pelaksanaan Kajian). Kajian melibatkan seramai 216 orangguru di 72 Program Pendidikan Khas Integrasi di negeri Selangor. Instrumen kajian terdiri daripada182 konstruk iaitu tiga konstruk Demografi, 81 konstruk Kemahiran Bahasa dan 98 konstruk KemahiranVokasional setelah melalui proses pengguguran 21 item bagi konstruk Kemahiran Bahasa dan sebanyak16 item ditambah bagi konstruk Kemahiran Vokasional untuk pelaksanaan proses saringan ISKV terhadapMBKMP. Dapatan kajian ini telah mengenal pasti dua konstruk utama dalam ISKV iaitu Kemahiran Bahasadan Kemahiran Vokasional bagi saringan MBKMP. Kesahan instrumen ditentukan dengan kesahan muka,kesahan kandungan dan, kesahan konstruk (analisis faktor penerokaan). Sembilan pakar dalam bidangpendidikan khas terlibat dalam mengesahkan kandungan setiap konstruk yang terdapat dalam instrumen.Kesahan konstruk pula ditentukan menggunakan kaedah analisis faktor. Nilai Exploratary FactorAnalysis (EFA) menunjukkan loading factor bacaan Average variance extracted (AVE) konstruk antara0.6 hingga 0.9 dan boleh diterima. Nilai Average variance extracted (AVE)analisis faktor bagikonstruk Kemahiran Bahasa ialah 0.81, konstruk Kemahiran Vokasional bagi Komponen Masakan ialah0.75, konstruk Kemahiran Vokasional bagi Komponen Jahitan ialah 0.86 dan konstruk KemahiranVokasional bagi Komponen Pertanian ialah 0.86. Manakala, Nilai Average variance extracted (AVE)analisis faktor keseluruhan item ISKV ialah0.81. Hasil kajian menunjukkan kesahan yang tinggi bagi keseluruhan ISKV iaitu nilai Alpha Cronbach0.88 dan nilai Alpha Cronbach kebolehpercayaan keseluruhan ISKV tinggi iaitu 0.97. Implikasi kajianadalah instrumen yang dibangunkan dapat membuat saringan yang sistematik, penyediaan ke kursusSijil Kemahiran Malaysia di PPKI dan menyusun kurikulum kemahiran untuk menentukan tahap kandunganaktiviti yang lebih khusus dengan keupayaan MBKMP dalam penguasaan subjek KemahiranVokasional Spesifik di PPKI.