Hubungan antara sikap guru terhadap aktiviti kokurikulum dengan pengurusan kokurikulum sekolah berasrama penuh di negeri Selangor (IR)
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara sikap guru terhadap aktiviti kokurikulum dengan pengurusan kokurikulum di Sekolah Berasarama Penuh di Negeri Selangor. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana sampel kajian melibatkan seramai 217 orang guru di Sembilan buah Sekolah...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | thesis |
语言: | zsm |
出版: |
2014
|
主题: | |
在线阅读: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1436 |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara sikap guru terhadap aktiviti kokurikulum dengan pengurusan kokurikulum di Sekolah Berasarama Penuh di Negeri Selangor. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana sampel kajian melibatkan seramai 217 orang guru di Sembilan buah Sekolah Berasrama Penuh di Negeri Selangor. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, ujian-t, ANOVA dan analisis Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap guru dan amalan pengurusan kokurikulum di Sekolah Berasrama Penuh berada pada tahap yang rendah. Sehubungan dengan itu semua pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah dan guru perlu mengambil inisiatif yang lebih berkesan agar sikap guru dan amalan pengurusan kokurikulum dapat dipertingkatkan. Sikap guru serta amalan pengurusan yang berkesan mampu meningkatkan kecemerlangan sesebuah sekolah. |
---|