Tahap keselamatan pejalan kaki dalam kalangan pelajar sekolah kajian kes di sekolah-sekolah terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan (IR)
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keselamatan pejalan kaki dalam kalangan pelajar sekolah. Kawasan kajian melibatkan dua buah sekolah terpilih yang berlokasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mewakili kawasan bandar dan dua buah sekolah terpilih yang terletak di negeri Kelantan yang m...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1445 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keselamatan pejalan kaki dalam kalangan pelajar sekolah. Kawasan kajian melibatkan dua buah sekolah terpilih yang berlokasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mewakili kawasan bandar dan dua buah sekolah terpilih yang terletak di negeri Kelantan yang mewakili kawasan luar bandar. Jumlah sampel yang digunakan adalah seramai 400 orang yang melibatkan pelajar yang berjalan kaki. Sumber data yang digunakan adalah data primer dan sekunder. Data primer dicerap melalui kaedah soal selidik, pemerhatian dan temu bual responden. Manakala, data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan, dokumen rasmi, laporan dan jurnal daripada sumber elektronik. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai. Manakala, statistik inferensi menggunakan pengujian Khi Kuasa Dua, ujian Mann-Whitney U, ujian Korelasi Cramer dan ujian Korelasi Spearman. Hasil kajian menunjukkan faktor kesesakan lalu lintas merupakan faktor yang paling memberi risiko kemalangan jalan raya di kedua-dua kawasan iaitu kawasan bandar dan luar bandar. Seterusnya, hasil kajian secara keseluruhan menunjukkan tahap kepuasan responden terhadap keempat-empat pemboleh ubah iaitu kemudahan, persekitaran, lalu lintas dan sikap yang diuji masih berada pada tahap tidak memuaskan. Bagi ujian perbandingan pula, hasil kajian menunjukkan tahap keselamatan pejalan kaki pelajar sekolah di kawasan luar bandar lebih baik berbanding kawasan bandar. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan tahap keselamatan pejalan kaki pelajar sekolah. Kerjasama daripada pihak kerajaan, sekolah dan masyarakat penting dalam memastikan pejalan kaki dapat melakukan perjalanan yang selamat sewaktu melakukan trip sekolah. Setiap cadangan penambahbaikan diharap mampu mengurangkan risiko keselamatan pelajar dan seterusnya menjadi panduan bersama. |
---|