Keprihatinan guru terhadap amalan pentaksiran Prinsip Perakaunan (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keprihatinan guru terhadap amalan pentaksiran Prinsip Perakaunan di negeri Pahang dan perkaitan yang wujud antara ciri-ciri peribadi guru dengan keprihatinan mereka terhadap pentaksiran. Kaedah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan dijalankan ke atas 135 sam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rahimah Abd Halim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1449
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keprihatinan guru terhadap amalan pentaksiran Prinsip Perakaunan di negeri Pahang dan perkaitan yang wujud antara ciri-ciri peribadi guru dengan keprihatinan mereka terhadap pentaksiran. Kaedah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan dijalankan ke atas 135 sampel yang dipilih melalui teknik persampelan rawak. Soal selidik diadaptasi daripada Stages of Concern Questionnaire (SoCQ) dan Teachers Assessment Practice Inventory (TAPI). Dapatan kajian menunjukkan guru Prinsip Perakaunan berada pada tiga peringkat keprihatinan tertinggi iaitu kesan, kesedaran dan penumpuan semula. Berdasarkan tiga peringkat keprihatinan (kendiri, tugas dan kesan) pula, pengkaji mendapati guru lebih tertumpu kepada peringkat keprihatinan kendiri. Kaedah pentaksiran, penggunaan hasil pentaksiran, penggunaan dan pembinaan skema jawapan merupakan amalan pentaksiran yang kerap diamalkan oleh guru. Ujian-t dan ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam peringkat keprihatinan guru berdasarkan pengalaman mengajar, kategori pentaksir, kekerapan menghadiri latihan, lokasi dan kemahiran TMK. Bagi amalan pentaksiran, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi empat amalan pentaksiran berdasarkan pengalaman mengajar. Ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara peringkat keprihatinan guru dengan amalan pentaksiran guru. Dapatan kajian ini memberi maklumat penting kepada pihak seperti perancang, penggubal perubahan dan fasilitator untuk membantu guru menerima perubahan yang telah diperkenalkan. Berdasarkan maklumat ini, intervensi seperti pementoran dan latihan yang bersesuaian dengan sasaran guru dapat dirancang dan seterusnya merealisasikan matlamat pentaksiran baharu yang dihasratkan oleh sistem pendidikan negara.