Tekanan kerja, efikasi kendiri akademik dan komitmen untuk meneruskan pengajian dalam Program Pensiswazahan Guru (IR)

Kajian bertujuan untuk mengenal pasti tahap tekanan kerja, tahap efikasi kendiri akademik dan tahap komitmen meneruskan pengajian dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG) di Perlis. Kajian juga mengukur hubungan antara tekanan kerja dengan efikasi kendiri akademik serta mengenal pasti peramal-peramal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azlan Behadin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1454
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian bertujuan untuk mengenal pasti tahap tekanan kerja, tahap efikasi kendiri akademik dan tahap komitmen meneruskan pengajian dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG) di Perlis. Kajian juga mengukur hubungan antara tekanan kerja dengan efikasi kendiri akademik serta mengenal pasti peramal-peramal bagi komitmen meneruskan pengajian. Seramai 150 orang guru telah dipilih secara rawak mudah. Data-data dikutip melalui borang soal selidik yang mengandungi instrumen tekanan kerja Teacher Stress Inventory oleh Fimian, instrumen efikasi kendiri akademik College Student Self Efficacy oleh Landry dan instrumen komitmen meneruskan pengajian yang dibangunkan sendiri oleh pengkaji. Darjah kebolehpercayaan bagi ketiga-tiga instrumen adalah 0.887, 0.861 dan 0.799. Analisis dibuat dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferens iaitu kolerasi Pearson dan regresi berganda Stepwise. Hasil menunjukkan bahawa tekanan kerja pada tahap sederhana (min = 3.1), efikasi kendiri akademik pada tahap yang tinggi (min = 3.7) dan komitmen meneruskan pengajian pada tahap yang tinggi (min = 4.08). Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dengan efikasi kendiri akademik. Hanya faktor efikasi kendiri akademik merupakan peramal yang signifikan terhadap komitmen meneruskan pengajian dalam PPG di Perlis. Keseluruhannya, guru-guru yang mengikuti PPG di Perlis sentiasa bersifat positif, yakin, sangat komited dan bersemangat untuk menamatkan pengajian walaupun sepanjang pengajian mereka dibebankan dengan tugasan-tugasan akademik, tugas hakiki serta urusan keluarga