Pemupukan kreativiti dan motivasi dalam meningkatkan keyakinan diri pelajar berasaskan modul PIS (IR)

Kajian ini dijalankan bagi menilai amalan kreatif bagi pelaksanaan projek sains menggunakan Modul Projek Inovasi Sains (Modul PIS). Pelaksanaan projek menggunakan Modul PIS bertujuan memupuk kreativiti, motivasi serta keyakinan diri. Kajian melibatkan 53 orang pelajar tingkatan empat aliran sains ya...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Norhayati Abdul Latif
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2013
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1471
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan bagi menilai amalan kreatif bagi pelaksanaan projek sains menggunakan Modul Projek Inovasi Sains (Modul PIS). Pelaksanaan projek menggunakan Modul PIS bertujuan memupuk kreativiti, motivasi serta keyakinan diri. Kajian melibatkan 53 orang pelajar tingkatan empat aliran sains yang mengambil mata pelajaran Biologi di sebuah sekolah di Daerah Kinta Utara. Reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini. Analisis terhadap Senarai Semak Amalan Kreatif, Borang Penilaian Kendiri, dokumen dan pemerhatian digunakan untuk menilai amalan kreatif Soal selidik digunakan untuk menilai motivasi dan keyakinan diri. Modul PIS dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan melibatkan tiga orang pelajar bagi setiap kumpulan. Dapatan menunjukkan min indikator bagi amalan kreatif bagi setiap fasa proses kreatif terarah menunjukkan keputusan yang signifikan dengan Fasa Persediaan 95.4%, Fasa Imaginasi 89.6%, Fasa Perkembangan 78.2% dan Fasa Tindakan 77.8%. Begitu juga motivasi dan keyakinan diri pelajar yang menunjukkan keputusan yang signifikan. Kedua-dua nilai min bagi motivasi dan keyakinan diri pelajar adalah 4.18. Kesimpulannya pelaksanaan projek menggunakan Modul PIS mampu memupuk kreativiti dan motivasi serta keyakinan diri pelajar. Berdasarkan dapatan ini disarankan pihak sekolah menggunakan Modul PIS bagi pelaksanaan projek sains di sekolah.