Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) terhadap KBKK pelajar dalam pembelajaran nutrisi (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penerapan kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) ke atas pelajar tingkatan empat melalui pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) bagi pembelajaran Nutrisi. Kajian ini melibatkan 68 orang pelajar. Kaedah kajian kuantitatif digunakan dalam kajian...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Shafini Noor Ain Abd Ghani
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2014
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1478
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penerapan kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) ke atas pelajar tingkatan empat melalui pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) bagi pembelajaran Nutrisi. Kajian ini melibatkan 68 orang pelajar. Kaedah kajian kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan melibatkan ujian statistik deskriptif dan disokong sebahagiannya oleh kaedah kualitatif. Protokol "The Classroom Assessment Scoring System (CLASS) digunakan sebagai instrumen dalam kajian inL Pengumpulan data dan pemerhatian dijalankan terhadap aktiviti pembelajaran melibatkan empat aktiviti pembelajaran iaitu teknik penyoalan, pengajaran melalui penggunaan contoh, tugasan kerja rumah atau folio dan eksperimen. Dapatan kajian menunjukkan min skor penerapan KBKK adalah tinggi (min = 4.1, S.P = 0.76). Kajian juga menunjukkan terdapat perubahan positif terhadap KBKK pelajar dalam proses pembelajaran Nutrisi dengan pendekatan PBM. Implikasinya, penerapan KBKK bagi pembelajaran Nutrisi dengan pendekatan PBM dapat memupuk kemahiran berfikir aras tinggi.