Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) terhadap KBKK pelajar dalam pembelajaran nutrisi (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penerapan kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) ke atas pelajar tingkatan empat melalui pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) bagi pembelajaran Nutrisi. Kajian ini melibatkan 68 orang pelajar. Kaedah kajian kuantitatif digunakan dalam kajian...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Shafini Noor Ain Abd Ghani
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2014
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1478
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penerapan kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) ke atas pelajar tingkatan empat melalui pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) bagi pembelajaran Nutrisi. Kajian ini melibatkan 68 orang pelajar. Kaedah kajian kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan melibatkan ujian statistik deskriptif dan disokong sebahagiannya oleh kaedah kualitatif. Protokol "The Classroom Assessment Scoring System (CLASS) digunakan sebagai instrumen dalam kajian inL Pengumpulan data dan pemerhatian dijalankan terhadap aktiviti pembelajaran melibatkan empat aktiviti pembelajaran iaitu teknik penyoalan, pengajaran melalui penggunaan contoh, tugasan kerja rumah atau folio dan eksperimen. Dapatan kajian menunjukkan min skor penerapan KBKK adalah tinggi (min = 4.1, S.P = 0.76). Kajian juga menunjukkan terdapat perubahan positif terhadap KBKK pelajar dalam proses pembelajaran Nutrisi dengan pendekatan PBM. Implikasinya, penerapan KBKK bagi pembelajaran Nutrisi dengan pendekatan PBM dapat memupuk kemahiran berfikir aras tinggi.