Analisis adverba bahasa Melayu dalam struktur penerang dan keterangan berdasarkan data korpus berkomputer (IR)
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis data korpus berkomputer yang berfokuskan penyelidikan berkaitan golongan kata adverba dengan penumpuan kepada aspek penerang dan keterangan. Dalam reka bentuk kajian, disertasi ini menggunakan pendekatan data korpus berkomputer yang dibangunkan melalui perisia...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1484 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
oai:ir.upsi.edu.my:1484 |
---|---|
record_format |
uketd_dc |
spelling |
oai:ir.upsi.edu.my:14842020-02-27 Analisis adverba bahasa Melayu dalam struktur penerang dan keterangan berdasarkan data korpus berkomputer (IR) 2015 Mohamad Mojahid A. Latif PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania Kajian ini bertujuan untuk menganalisis data korpus berkomputer yang berfokuskan penyelidikan berkaitan golongan kata adverba dengan penumpuan kepada aspek penerang dan keterangan. Dalam reka bentuk kajian, disertasi ini menggunakan pendekatan data korpus berkomputer yang dibangunkan melalui perisian Antconc 3.2 berdasarkan tiga buah novel yang digunakan dalam bahan Komponen Kesusateraan Melayu (KOMSAS), iaitu novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah, Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan dan Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir. Data ini kemudiannya dikeluarkan dalam bentuk baris-baris konkordans dan daripada baris konkordans ini, kehadiran kata adverba dalam bentuk sintaktik dianalisis secara manual. Dalam konteks ini, pengkaji melihat keperluan untuk meneliti golongan kata ini berdasarkan teori berasaskan struktural kerana golongan kata ini hanya dapat ditentukan apabila sudah berada dalam strukturnya. Oleh itu, pendekatan yang digunakan oleh Knowles dan Zuraidah Mohd Don (2008), Norliza Hj. Jamaluddin (2011), Van Valin Jr. & R.J LaPOlla (1997) dan Quirk et al. (1995) dijadikan asas dalam kajian ini. Aspek fungsian adverba dalam binaan sintaktik akan diteliti menerusi gatra dan unsur pengisi. Hasil analisis dan tinjauan data korpus berkomputer yang dilakukan menunjukkan bahawa fungsi adverba dalam struktur penerang lazimnya diisi oleh golongan kata sifat, kata kerja, kata nama dan kata adverba. Golongan kata ini lazimnya akan berfungsi menerangkan kata kerja inti, kata sifat inti dan kata adverba. Dalam struktur keterangan pula, gatra ini boleh diisi sekurang-kurangnya satu perkataan sahaja untuk membentuk frasa keterangan. Namun, secara tipikalnya, gatra ini akan diisi oleh unit bahasa bertaraf frasa dan klausa yang dilihat berdasarkan penanda kata sendi dan kata hubung pancangan keterangan. Kajian ini dapat memberi implikasi yang mendalam terhadap fungsi dan peranan golongan kata ini dalam proses pemahaman berkaitan nahu bahasa. Penghuraian yang dilakukan dalam dapatan kajian membolehkan pengguna bahasa memahami dengan lebih jelas berkaitan perilaku kata adverba dalam struktur penerang dan keterangan. 2015 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1484 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1484 text zsm closedAccess Masters Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Bahasa dan Komunikasi N/A |
institution |
Universiti Pendidikan Sultan Idris |
collection |
UPSI Digital Repository |
language |
zsm |
topic |
PL Languages and literatures of Eastern Asia Africa Oceania |
spellingShingle |
PL Languages and literatures of Eastern Asia Africa Oceania Mohamad Mojahid A. Latif Analisis adverba bahasa Melayu dalam struktur penerang dan keterangan berdasarkan data korpus berkomputer (IR) |
description |
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis data korpus berkomputer yang berfokuskan penyelidikan berkaitan golongan kata adverba dengan penumpuan kepada aspek penerang dan keterangan. Dalam reka bentuk kajian, disertasi ini menggunakan pendekatan data korpus berkomputer yang dibangunkan melalui perisian Antconc 3.2 berdasarkan tiga buah novel yang digunakan dalam bahan Komponen Kesusateraan Melayu (KOMSAS), iaitu novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah, Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan dan Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir. Data ini kemudiannya dikeluarkan dalam bentuk baris-baris konkordans dan daripada baris konkordans ini, kehadiran kata adverba dalam bentuk sintaktik dianalisis secara manual. Dalam konteks ini, pengkaji melihat keperluan untuk meneliti golongan kata ini berdasarkan teori berasaskan struktural kerana golongan kata ini hanya dapat ditentukan apabila sudah berada dalam strukturnya. Oleh itu, pendekatan yang digunakan oleh Knowles dan Zuraidah Mohd Don (2008), Norliza Hj. Jamaluddin (2011), Van Valin Jr. & R.J LaPOlla (1997) dan Quirk et al. (1995) dijadikan asas dalam kajian ini. Aspek fungsian adverba dalam binaan sintaktik akan diteliti menerusi gatra dan unsur pengisi. Hasil analisis dan tinjauan data korpus berkomputer yang dilakukan menunjukkan bahawa fungsi adverba dalam struktur penerang lazimnya diisi oleh golongan kata sifat, kata kerja, kata nama dan kata adverba. Golongan kata ini lazimnya akan berfungsi menerangkan kata kerja inti, kata sifat inti dan kata adverba. Dalam struktur keterangan pula, gatra ini boleh diisi sekurang-kurangnya satu perkataan sahaja untuk membentuk frasa keterangan. Namun, secara tipikalnya, gatra ini akan diisi oleh unit bahasa bertaraf frasa dan klausa yang dilihat berdasarkan penanda kata sendi dan kata hubung pancangan keterangan. Kajian ini dapat memberi implikasi yang mendalam terhadap fungsi dan peranan golongan kata ini dalam proses pemahaman berkaitan nahu bahasa. Penghuraian yang dilakukan dalam dapatan kajian membolehkan pengguna bahasa memahami dengan lebih jelas berkaitan perilaku kata adverba dalam struktur penerang dan keterangan. |
format |
thesis |
qualification_name |
|
qualification_level |
Master's degree |
author |
Mohamad Mojahid A. Latif |
author_facet |
Mohamad Mojahid A. Latif |
author_sort |
Mohamad Mojahid A. Latif |
title |
Analisis adverba bahasa Melayu dalam struktur penerang dan keterangan berdasarkan data korpus berkomputer (IR) |
title_short |
Analisis adverba bahasa Melayu dalam struktur penerang dan keterangan berdasarkan data korpus berkomputer (IR) |
title_full |
Analisis adverba bahasa Melayu dalam struktur penerang dan keterangan berdasarkan data korpus berkomputer (IR) |
title_fullStr |
Analisis adverba bahasa Melayu dalam struktur penerang dan keterangan berdasarkan data korpus berkomputer (IR) |
title_full_unstemmed |
Analisis adverba bahasa Melayu dalam struktur penerang dan keterangan berdasarkan data korpus berkomputer (IR) |
title_sort |
analisis adverba bahasa melayu dalam struktur penerang dan keterangan berdasarkan data korpus berkomputer (ir) |
granting_institution |
Universiti Pendidikan Sultan Idris |
granting_department |
Fakulti Bahasa dan Komunikasi |
publishDate |
2015 |
url |
https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1484 |
_version_ |
1747832977036935168 |