Pembinaan Modul Bio Three dan kesannya terhadap penguasaan konsep serta kemahiran berfikir aras tinggi murid tingkatan empat (IR)
Kajian ini bertujuan membina Modul BIO Three dan menilai kesannya terhadap penguasaan konsep dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid tingkatan empat. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah penyelidikan eksperimen kuasi dipilih bagi menjawab lapan persoalan kajian dan lima hipotesis. Tiga set i...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1518 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan membina Modul BIO Three dan menilai kesannya terhadap penguasaan konsep dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid tingkatan empat. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah penyelidikan eksperimen kuasi dipilih bagi menjawab lapan persoalan kajian dan lima hipotesis. Tiga set instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Modul BIO Three, soalan pencapaian dan soalan Watson Glasier Critical Thinking Appraisal bagi mengukur pengajaran bertajuk pergerakan bahan merentas membran plasma. Seramai 60 orang murid dipilih secara rawak berkelompok sebagai responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul adalah sangat baik dengan nilai kesahan adalah 0.85. Tahap penguasaan konsep berada pada tahap baik manakala tahap KBAT pula pada tahap sederhana. Kajian juga menunjukkan bahawa penguasaan konsep tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan KBAT. Kesimpulannya, Modul BIO Three ini dapat meningkatkan penguasaan konsep dan KBAT murid. Implikasi kajian menunjukkan bahawa Modul BIO Three ini boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran tajuk pergerakan bahan merentas membran plasma. Teori-teori dan model yang digunakan dalam kerangka konseptual kajian boleh diaplikasi untuk pembinaan modul bagi tajuk-tajuk lain dalam subjek Biologi khususnya. |
---|