Israiliyyat dalam periwayatan kisah Nabi Sulaiman AS mealui kitab Jami Al-Bayan An Tawil Ayi Al-Quran
Kajian ini bertujuan mengenal pasti riwayat hidup dan keperibadian Nabi Sulaimanberdasarkan al-Quran dan Sunnah, selain menganalisis aspek-aspek Israilliyyat kisah Nabi Sulaimandan metodologi pentafsiran yang terdapat dalam kitab Tafsir Ibn Jarir al-Tabari Jami’ Al-Bayan ‘AnTa&am...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=16 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan mengenal pasti riwayat hidup dan keperibadian Nabi Sulaimanberdasarkan al-Quran dan Sunnah, selain menganalisis aspek-aspek Israilliyyat kisah Nabi Sulaimandan metodologi pentafsiran yang terdapat dalam kitab Tafsir Ibn Jarir al-Tabari Jami’ Al-Bayan ‘AnTa’wil Ayi Al-Quran. Reka bentuk kajian ini menggunakan analisis dokumen dengan pendekatankepustakaan terhadap 365 riwayat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Nabi Sulaiman memiliki nilaimurni yang membentuk keperibadian yang cemerlang, kebijaksanaan, kepimpinan, keprihatinan NabiSulaiman kepada rakyat, keadilan terhadap musuh, serta sentiasa bersedia menghadapi ujian danmenjadikan doa sebagai tanda kebergantungan baginda kepada Allah SWT. Manakala Israilliyyat dalamtafsiran kisah Nabi Sulaiman dikenalpasti melalui aspek Israilliyyat dalam penamaan sesuatu,penamaan tempat, memperincikan sesuatu bilangan, memperincikan sesebuah kisah, penambahan kisah,yang melampaui keperibadian seorang nabi dan yang melampaui keperibadian malaikat. Selain daripadaitu, kajian ini mendapati terdapat 12 metodologi telah digunakan oleh Ibn Jarir al-Tabari ketikamentafsirkan kisah Nabi Sulaiman. Justeru, implikasi kajian ini menunjukkan Israilliyyat adalahsuatu sumber serapan Bani Israel yang cuba melemahkan umat Islam daripada mengambil iktibarterhadap setiap kisah yang disampaikan oleh Allah SWT dalam al-Quran. |
---|