Peranan watak utama dalam cerpen R.Karthigesu (IR)

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti watak utama, menganalisis nilai kemanusiaan dalam watak utama cerpen R Karthigesu serta meneliti peranan watak utama sebagai teladan kepada pembaca dan masyarakat secara amnya. Kumpulan cerpen Innoru tatavai, Uci ilai maram dan Nir mel eluttu yang dikara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Anushea Veni Veloosamy
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1615
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti watak utama, menganalisis nilai kemanusiaan dalam watak utama cerpen R Karthigesu serta meneliti peranan watak utama sebagai teladan kepada pembaca dan masyarakat secara amnya. Kumpulan cerpen Innoru tatavai, Uci ilai maram dan Nir mel eluttu yang dikarang oleh R Karthigesu sebagai korpus kajian ini. Kajian ini bersifat kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan. Teori moral telah diaplikasikan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga belas watak utama yang tertumpu kepada sembilan aspek iaitu anak, kakak, remaja, wan ita, ibu, bapa, suami, guru dan warga tua. Di samping itu, terdapat sembilan nilai kemanusiaan iaitu bertanggungjawab, kerajinan, kesabaran, pengorbanan, keyakinan diri, kepimpinan, hormat menghormati, kasih sayang dan keadilan. Secara keseluruhan, kajian ini dapat memberikan impak positif yang ditonjolkan melalui watak utama dalam cerpen RKarthigesu untuk dijadikan teladan kepada generasi muda masa kini. Kajian ini, dapat memberi satu panduan untuk generasi muda dalam memperbaiki kehidupan mereka serta menggalakkan mereka supaya lebih berani dan berkeyakinan dalam menempuh liku-liku kehidupan.