Hubungan persekitaran luaran dengan penggunaan e-dagang dalam kalangan usahawan kecil dan sederhana Melayu di Semenanjung Malaysia (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan persekitaran luaran dengan penggunaan E-Dagang dalam kalangan usahawan Kecil Dan Sederhana Melayu yang terlibat dengan industri pengeluaran makanan dan minuman di Semenanjung Malaysia. Jumlah populasi kajian ialah 190 orang responden dan sampel kaji...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Suzlita Welas
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2014
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1634
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan persekitaran luaran dengan penggunaan E-Dagang dalam kalangan usahawan Kecil Dan Sederhana Melayu yang terlibat dengan industri pengeluaran makanan dan minuman di Semenanjung Malaysia. Jumlah populasi kajian ialah 190 orang responden dan sampel kajian ialah 130 responden. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens iaitu analisis Pekali Korelasi Pearson dan Regresi Berganda Stepwise. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat dua faktor persekitaran luaran yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan penggunaan E-Dagang dalam kalangan usahawan Kecil dan Sederhana Melayu di Semenanjung Malaysia dalam konteks industri pengeluaran makanan dan minuman. Implikasi kajian adalah sumbangan kepada penemuan hubungan dua faktor persekitaran luaran yang mempunyai hubungan dengan penggunaan E-Dagang iaitu faktor persaingan dan faktor pembekal.