Analisis interaksi guru,pelajar, persekitaran pembelajaran dan komitmen pelajar terhadap keselesaan pembelajaran Biologi (IR)

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap interaksi guru-pelajar, kesesuaian persekitaran pembelajaran, komitmen pelajar dan keselesaan pembelajaran dalam kalangan pelajar Biologi. Seramai 325 orang pelajar Tingkatan Empat di Daerah Larut Matang dan Selama, Perak dipilih untuk kajian dengan mengguna...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Saidatul Ainoor Shaharim
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2015
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1706
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap interaksi guru-pelajar, kesesuaian persekitaran pembelajaran, komitmen pelajar dan keselesaan pembelajaran dalam kalangan pelajar Biologi. Seramai 325 orang pelajar Tingkatan Empat di Daerah Larut Matang dan Selama, Perak dipilih untuk kajian dengan menggunakan pensampelan rawak berstrata. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan di mana empat inventori soal-selidik digunakan. Empat inventori tersebut adalah inventori interaksi guru-pelajar, inventori persekitaran pembelajaran bilik darjah, inventori komitmen pelajar dan inventori keselesaan pembelajaran. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap interaksi guru-pelajar, kesesuaian persekitaran pembelajaran, komitmen pelajar dan keselesaan pembelajaran adalah tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan antara interaksi guru-pelajar, kesesuaian persekitaran pembelajaran dan komitmen pelajar dengan keselesaan pembelajaran. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi interaksi guru-pelajar, persekitaran pembelajaran, komitmen pelajar dan keselesaan pembelajaran berdasarkan lokasi, manakala terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina. Hasil analisis regresi berganda mendapati komitmen pelajar dan persekitaran pembelajaran memberikan sumbangan yang signifikan terhadap keselesaan pembelajaran. Kesimpulannya, interaksi guru-pelajar, persekitaran pembelajaran dan komitmen pelajar mempunyai kesan kepada keselesaan pembelajaran pelajar. Implikasi kajian menunjukkan interaksi guru-pelajar, persekitaran pembelajaran, komitmen pelajar dan keselesaan pembelajaran perlu diberi perhatian bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran Biologi.