Pemahaman konsep asas kimia dalam kalangan bakal guru kimia di universiti awam (IR)

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pemahaman bakal guru kimia terhadap 20 konsep asas kimia dan mencadangkan rancangan pengajaran harian (RPH). Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan gabungan yang ujian kefahaman dan soalan temu bual sebagai instrumen. Sebanyak dua puluh konsep asas k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lim, Chiew Ting
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1757
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pemahaman bakal guru kimia terhadap 20 konsep asas kimia dan mencadangkan rancangan pengajaran harian (RPH). Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan gabungan yang ujian kefahaman dan soalan temu bual sebagai instrumen. Sebanyak dua puluh konsep asas kimia yang diuji merupakan konsep asas kimia dalam hurian sukatan tingkatan 4 dan 5. Seramai 130 orang bakal guru telah dipilih secara rawak daripada tiga universiti awam. Dapatan kajian menunjukkan hanya 11 daripada 20 konsep asas kimia yang dikuasai dengan baik. Dapatan ini disokong dengan temubual yang menunjukkan 12 daripada 20 konsep telah dijawab dengan betul. Hasil kajian juga mendapati bahawa konsep asas kimia yang dikuasai pada tahap sederhana termasuk konsep akueus dan alkali (ujian kefahaman) serta konsep peneutralan (temubual). Manakala, tahap lemah termasuklah konsep mol, garam, formula kimia, elektrolisis, jirim, tenaga pengaktifan dan jisim atom relatif. Beberapa cadangan Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) telah dibina sebagai rujukan pedagogi untuk mengatasi masalah pemahaman konsep-konsep kimia ini. Kesimpulannya, tahap pemahaman bakal guru-guru kimia adalah sederhana. Kajian ini menyedarkan guru akan kepentingan kepelbagaian pedagogi kimia disekolah agar pemahaman pelajar dapat ditingkatkan. Pendekatan pedagogi yang sesuai perlu diaplikasikan untuk mengurangkan kekeliruan konsep kimia pelajar.