Kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid India Tamil Kelas Peralihan : kelemahan dan cara mengatasi (IR)

Kajian tinjauan ini bertujuan menentukan aspek kelemahan yang seringkali dibuat oleh murid Kelas Peralihan semasa menghasilkan esei jenis gambaran. Seramai 30 orang murid India Tamil dari SMK Menglembu, Ipoh telah dipilih menjadi sampel kajian. Pengkaji ingin meninjau tahap kebolehan murid dalam pen...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: R.Sivanthan V.Ramasamy@Ramiah
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2010
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1778
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian tinjauan ini bertujuan menentukan aspek kelemahan yang seringkali dibuat oleh murid Kelas Peralihan semasa menghasilkan esei jenis gambaran. Seramai 30 orang murid India Tamil dari SMK Menglembu, Ipoh telah dipilih menjadi sampel kajian. Pengkaji ingin meninjau tahap kebolehan murid dalam penulisan karangan jenis imaginasi. Tahap kebolehan murid menghasilkan bahan karangan dilihat berdasarkan kecekapan berbahasa Melayu, isi dan pengolahannya. Pengkaji ingin mengenal pasti faktor yang menjadikan murid lemah dalam penguasaan kemahiran menulis, meninjau sejauh manakah aktiviti membaca, mendengar rancangan televisyen dalam bahasa Melayu dan gred keputusan karangan lalu mempengaruhi tahap penulisan esei. Semua responden diminta mengisi lengkap borang soal selidik dan seterusnya menghasilkan karangan jenis gambaran berpandu kepada tajuk yang disediakan oleh pengkaji sendiri. Karangan dan soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa murid lemah dalam penulisan karangan. Markah purata sampel kajian bagi kebolehan secara keseluruhan adalah sebanyak 18.3%, manakala kebolehan dari segi penyampaian isi adalah 4.67%, dan kebolehan penguasaan bahasa cuma 13.21 %. Kesemuanya dalam tahap lemah kecuali aspek penyampaian isi pada tahap sangat lemah. Beberapa aspek kelemahan yang dilakukan oleh sampel dikenal pasti antaranya ialah; kelemahan bahasa, kelemahan teknik mengarang, kelemahan isi, dan kelemahan dalam tulisan. Kajian ini menunjukkan bahawa pendedahan murid terhadap bahan bacaan dan media elektronik berbahasa Melayu dapat membantu menghasilkan karangan pada tahap yang lebih baik berbanding dengan murid yang kurang pendedahan terhadap bacaan berbahasa Melayu. Pada akhir kajian, pengkaji ada mengemukakan cadangan untuk mengatasi kelemahan dalam kemahiran menulis karangan dalam kalangan murid India Tamil Kelas Peralihan.