Membangun dan menilai CD set lagu untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab mengikut sukatan pelajaran Tahun 1 Sekolah Rendah (IR)

Mata pelajaran Bahasa Arab Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan di sekolah rendah pada tahun 2011 yang dimulai dengan murid Tahun 1 sahaja dan kini dilaksanakan terhadap semua murid sekolah rendah. Dalam buku teks mata pelajaran Bahasa Arab yang diterbitkan oleh Kementerian Pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Fahrur Rozi Ismail
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1873
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mata pelajaran Bahasa Arab Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan di sekolah rendah pada tahun 2011 yang dimulai dengan murid Tahun 1 sahaja dan kini dilaksanakan terhadap semua murid sekolah rendah. Dalam buku teks mata pelajaran Bahasa Arab yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat set lagu mengikut tajuk sebagai aktiviti cadangan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Projek kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai CD set lagu untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab mengikut sukatan pelajaran Tahun 1 sekolah rendah. Prosedur membangunkan CD adalah secara holistik melibatkan gubahan, rakaman, penyediaan hasil dan penilaian pakar dalam bidang Muzik dan Bahasa Arab. Hasil projek kajian mendapati bahawa CD set lagu yang dihasilkan amat menarik dengan gubahan yang tersendiri dan amat sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Tahun 1 sekolah rendah. Cadangan agar bahan bantu tersebut dapat dihasilkan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab mengikut sukatan pelajaran Tahun 2 hingga Tahun 6 sekolah rendah agar perlaksanaannya dilakukan secara optimum.