Pembangunan perisian multimedia interaktif panduan pengajaran dan pentaksiran KSSR Dunia Muzik Tahun 1 (IR)

Penggunaan ICT di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah terbukti memberi banyak faedah kepada guru dan murid. Selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu melestarikan pembelajaran abad ke-21 , penggunaan ICT sebagai bahan bantu mengajar dapat memberi impak kepada perk...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Abdul Rahman Safian
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2016
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1876
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Penggunaan ICT di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah terbukti memberi banyak faedah kepada guru dan murid. Selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu melestarikan pembelajaran abad ke-21 , penggunaan ICT sebagai bahan bantu mengajar dapat memberi impak kepada perkembangan murid. Projek ini dijalankan untuk mereka bentuk dan membangunkan sebuah perisian multimedia interaktif yang dapat digunakan oleh guru muzik dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran(PdP) serta pentaksiran bagi mata pelajaran Dunia Muzik Tahun 1. Projek ini menggunakan Microsoft Power point 2010 sebagai perisian utama dengan gabungan beberapa perisian lain seperti Sony Vegas 7.0, Adobe Audition 1.5, GIMP, Format Factory dan Snipping Tool. Hasil projek ini telah menghasilkan sebuah perisian interaktif merangkumi elemen pengajaran dan pentaksiran yang dapat mengoptimakan masa PdP dan pentaksiran dalam peruntukan waktu 30 minit. Hasil penilaian mengesahkan bahawa perisian ini dapat guru melaksanakan sesi pengajaran serta pentaksiran mata pelajaran Dunia Muzik Tahun 1 dengan lancar. Hasil kepenggunaan perisian ini diharap dapat membantu dari segi penjimatan masa guru dari segi penyediaan bahan pengajaran dan pentaksiran seterusnya dapat mencapai standard pembelajaran dan pentaksiran seperti yang dikehendaki.