Perusahaan hasil perikanan masyarakat Melayu pesisir di Terengganu

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkembangan sejarah ekonomi negeriTerengganu dengan memberi tumpuan ke atas perusahaan hasil perikanan masyarakat Melayu pesisir diTerengganu dari tahun 1910 hingga 1941. Dalam tempoh ini, negeri Terengganu menunjukkan peningkatanekonomi yang memberangsangk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: RuhaizanSulaiman@Abd Rahim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=19
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkembangan sejarah ekonomi negeriTerengganu dengan memberi tumpuan ke atas perusahaan hasil perikanan masyarakat Melayu pesisir diTerengganu dari tahun 1910 hingga 1941. Dalam tempoh ini, negeri Terengganu menunjukkan peningkatanekonomi yang memberangsangkan kesan daripada perusahaan hasil perikanan yang dijalankan olehmasyarakat Melayu pesisir yang merangkumi perusahaan ikan kering, ikan bilis, budu, belacan danikan jeruk. Kajian ini meneliti aspek-aspek yang mempengaruhi perusahaan hasil perikanan masyarakatMelayu pesisir Terengganu. Isu dan cabaran yang dihadapi dalam perusahaan hasil perikanan turutdiketengahkan. Di samping itu, pelbagai langkah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkanmutu keluaran hasil perikanan. Kaedah penyelidikan kualitatif digunakan berdasarkan sumber primerdan sekunder. Sumber primer dalam kajian ini seperti laporan tahunan, telegram, memorandum,surat-menyurat dan laporan rasmi yang diperoleh dari Pejabat Kolonial British, Pejabat PesuruhjayaTinggi, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Pejabat Menteri Besar, Pejabat Tanah dan Galian, PejabatUndang-Undang, Pejabat Tanah Kemaman, Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Pejabat Istana BadariahTerengganu yang dianalisis dengan menggunakan pendekatan sejarah. Sumber sekunder turut digunakanbagi mengukuhkan lagi penghuraian fakta dan dapatan kajian seperti tesis, artikel, jurnal, buku danakhbar. Dapatan kajian menunjukkan perusahaan hasil perikanan merupakan perusahaan utama dalamkalangan masyarakat Melayu pesisir Terengganu yang menjadi sumber kekuatan ekonomi yang penting keatas masyarakat dan negeri Terengganu pada tahun 1910-1941. Hasil perikanan juga merupakan komoditieksport utama Terengganu berbanding komoditi eksport yang lain berdasarkan kuantiti dan nilaieksport setiap tahun. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan pengeluaran dan pengeksportan hasilperikanan yang banyak untuk memenuhi permintaan pasaran yang tinggi dari masyarakat tempatan danluar membuktikan bahawa Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya dengan sumber bekalan ikan.Implikasi kajian menunjukkan perusahaan hasil perikanan yang dijalankan oleh masyarakat Melayupesisir telah membantu perkembangan ekonomiTerengganu.