Ekspresi pengalaman visual pelajar Orang Asli dalam catan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti bentuk ekspresi pengalaman visual pelajar orang Asli dalam catan yang dihasilkan. Terdapat tiga aspek penting yang menjadi tumpuan kajian iaitu ekspresi pengalaman visual dalam hasil karya, bentuk pengalaman visual yang mempengaruhi ekspresi seni dan hubungan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norazian Rona
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1923
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti bentuk ekspresi pengalaman visual pelajar orang Asli dalam catan yang dihasilkan. Terdapat tiga aspek penting yang menjadi tumpuan kajian iaitu ekspresi pengalaman visual dalam hasil karya, bentuk pengalaman visual yang mempengaruhi ekspresi seni dan hubungan persekitaran.Batasan kajian hanya tertumpu kepada pelajar Orang Asli yang bersekolah di sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, Selangor, Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kajian kes. Kaedah pengumpulan data kajian melibatkan temu bual, analisis karya dan rakaman visual. Seramai 22 orang informan dengan karya yang telah dihasilkan telah ditemubual berdasarkan pengalaman masing-masing. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya pengaruh persekitaran dalam hasil karya yang diekspresikan sebagai representasi pengalaman visual pelajar-pelajar Orang Asli. Kesannya, ia telah mewujudkan identiti sendiri terhadap gaya dan olahan idea dalam karya yang dihasilkan. Secara kesimpulan, kajian ini membuktikan elemen persekitaran dapat meningkatkan kreativiti dan mewujudkan identiti terhadap gaya dan olahan idea dalam penghasilan karya. Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan panduan dan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.