Perbandingan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif model Jigsaw bagi tajuk Bumi, Bulan dan Matahari (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perbandingan keberkesanan salah satu kaedah Pembelajaran Koperatif iaitu Jigsaw sebagai satu pendekatan untuk meningkatkan pencapaian akademik dan minat murid terhadap penggunaan pendekatan ini. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan 60 orang muri...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Thunishaa Veerappen
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2016
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2098
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perbandingan keberkesanan salah satu kaedah Pembelajaran Koperatif iaitu Jigsaw sebagai satu pendekatan untuk meningkatkan pencapaian akademik dan minat murid terhadap penggunaan pendekatan ini. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan 60 orang murid tahun 5 yang terdiri daripada dua kelas yang berlainan dari SJK (T) Jalan Fletcher yang mempunyai pencapaian tahap akademik yang berbeza dalam mata pelajaran Sains. Murid-murid dari dua kelas tersebut akan diajar salah satu tajuk Sains diyakini susah dari persepsi murid iaitu tajuk Bumi, Bulan dan Matahari selama 5 kali perjurnpaan. Data kuantitatif dikumpul menggunakan ujian pra dan pos dan soal selidik. Penganalisian data dibuat menggunakan ujian-r, ujian ANCOVA dan ujian korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan min skor ujian pra kelas A daripada M=8.40 kepada M=14.13 dan kelas B daripada M=6.37 kepada M=8.23 dalam ujian pos. Ini menunjukkan peningkatan skor yang ketara bagi murid kelas A berbanding dengan kelas B tetapi pendekatan Jigsaw ini membawa kesan kepada pencapaian kedua-dua kelas. Ujian ANCOVA pula menunjukkan bahawa wujud kesan kaedah PdP terhadap pencapaian murid [F (1,57) = 289.209, P <.05]. Ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif dengan kekuatan baik dan signifikan di antara pencapaian murid yang mengikuti pembelajaran Koperatif Jigsaw dengan tahap murid dengan nilai r= .852, p <.01. Hasil pemerhatian juga menunjukkan perlakuan yang positif semasa pendekatan Jigsaw digunakan. Ini menunjukkan penggunaan teknik Jigsaw berpotensi untuk meningkatkan pencapaian akademik dan minat murid tahun 5 dalam tajuk Bumi, Bulan dan Matahari.