Peranan pengurusan pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan terhadap dasar sekolah selamat (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan pengurusan pengetua di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) terhadap dasar sekolah selamat berdasarkan peranannya sebagai penjaga (in loco parentis), penyelesai masalah, dan penghubung. Selain itu kajian bertujuan mengenal pasti hubungan antara seti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Muzakir Md. Ali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2128
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan pengurusan pengetua di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) terhadap dasar sekolah selamat berdasarkan peranannya sebagai penjaga (in loco parentis), penyelesai masalah, dan penghubung. Selain itu kajian bertujuan mengenal pasti hubungan antara setiap peranan pengurusan tersebut dengan tahap keselamatan sekolah. Kajian ini menggunakan soal selidik yang disesuaikan daripada Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Data diperolehi dengan mengedarkan soal selidik kepada 217 responden dalam kalangan guru, kakitangan sekolah dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (pIBG) di SABK yang terpilih. Kekerapan, min dan peratusan digunakan untuk menganalisis dapatan bagi kesemua item yang dibangunkan. Manakala ujian korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara peranan pengurusan pengetua terhadap tahap keselamatan sekolah. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan iaitu 22.2 peratus peranan pengurusan pengetua terhadap tahap keselamatan sekolah berdasarkan aspek pengetua sebagai penjaga, penyelesai masalah dan penghubung. Implikasi kajian ini sangat berfaedah khususnya kepada pihak pengurusan SABK bagi usaha penambahbaikan peranan pengetua terutama dalam Piawaian Keselamatan Sekolah.