Kesilapan sebutan nada bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar Melayu (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis kesilapan sebutan nada serta membanding persepsi pelajar terhadap kesukaran sebutan nada dan kesilapan sebenar dalam sebutan nada Bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar Melayu. Kajian deskriptif berdasarkan tinjauan ini melibatkan 88 orang p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chuah, Kee Ping
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=213
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis kesilapan sebutan nada serta membanding persepsi pelajar terhadap kesukaran sebutan nada dan kesilapan sebenar dalam sebutan nada Bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar Melayu. Kajian deskriptif berdasarkan tinjauan ini melibatkan 88 orang pelajar UiTM yang mengikuti kursus Bahasa Mandarin sebagai subjek kajian ini. Rakaman suara bacaan sebutan kata dwisuku dianalisis dengan perisian Praat untuk menganalisis dan mengenal pasti kesilapan sebutan nada. Soal selidik diedarkan kepada subjek kajian untuk mengenal pasti dan menganalisis serta membanding persepsi pelajar terhadap kesukaran sebutan nada kata dwisuku dengan kesilapan sebenar yang dilakukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap kesilapan sebutan nada adalah tidak selaras dengan hasil analisis sebenar. Maka, penekanan terhadap semua kategori sebutan nada kata dwisuku adalah diperlukan. Kesilapan interlingual, intralingual, dan developmental dan persekitaran merupakan faktor yang mempengaruhi subjek kajian melakukan kesilapan sebutan nada. Cadangan pembetulan diketengahkan untuk penambahbaikan tahap penguasaan sebutan nada Bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar Melayu seperti nyanyian lagu Bahasa Mandarin, mengenal sebutan melalui suku kata, dan mengajar menggunakan isyarat tangan.