Analisis intertekstualiti dalam puisi dinyanyikan karya Taufiq Ismail (IR)

Penyelidikan ini memfokuskan puisi-puisi keagamaan Nyanyian Puisi, Puisi Yang Dinyanyikan oleh Taufiq Ismail, yang terhimpun dalam buku Mengakar ke bumi Menggapai ke langit 1 (1953-2008) yang begitu terkenal dalam kalangan masyarakat Indonesia. Tiga objektif utama ialah mengenal pasti hubungan puisi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: - Habiburrahman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=214
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini memfokuskan puisi-puisi keagamaan Nyanyian Puisi, Puisi Yang Dinyanyikan oleh Taufiq Ismail, yang terhimpun dalam buku Mengakar ke bumi Menggapai ke langit 1 (1953-2008) yang begitu terkenal dalam kalangan masyarakat Indonesia. Tiga objektif utama ialah mengenal pasti hubungan puisi-puisi tersebut dengan teks al-Quran dan Hadis, menghurai lapisan makna yang tersirat, serta mengkaji prinsip intertekstualiti yang terdapat dalam kumpulan puisi berkenaan. Pendekatan kualitatif digunapakai dalam kajian ini, manakala kaedah kajian diimplimentasi menerusi kajian kepustakaan. Sejumlah 92 puisi dianalisis berpandukan teori intertekstualiti yang diperkenalkan oleh Julia Kristeva. Kajian ini menyimpulkan bahawa hampir kesemua puisi keagamaan Taufiq Ismail memiliki pengaruh daripada teks al-Quran dan al-Hadis. Dalam konteks teori intetekstualiti, prinsip transformasi adalah yang paling dominan diikuti prinsip ekspansi, modifikasi, haplologi dan paralel. Selain itu, pemilihan perkataan yang tepat dalam puisi ini turut menyerlahkan makna-makna baharu dari aspek akidah, syariah, ibadah, akhlak, muamalah serta sejarah umat Islam. Hal ini sekali gus mempertajam dan memperkaya makna puisi-puisi tersebut. Implikasi kajian menunjukkan bahawa puisi-puisi keagamaan yang berteraskan nilai-nilai Islami memiliki kekuatan tersendiri serta dapat menjadi wadah dalam menyampaikan risalah dakwah.