Hubungan antara penerimaan dengan sikap terhadap penggunaan sistem pengurusan pembelajaran maya (IR)

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara persepsi optimis, persepsi inovatif, persepsi kegunaan dan persepsi mudah digunakan dengan sikap terhadap penggunaan perisian pengurusan pembelajaran dalam kalangan pelajar pasca siswazah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kerangk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Harmaniza Ishak
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=216
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara persepsi optimis, persepsi inovatif, persepsi kegunaan dan persepsi mudah digunakan dengan sikap terhadap penggunaan perisian pengurusan pembelajaran dalam kalangan pelajar pasca siswazah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kerangka konseptual kajian ini dibina dengan berpandukan kepada model Technology Readiness Index dengan Technology Acceptance Model. Sampel kajian adalah dalam kalangan para pelajar pascasiswazah Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian korelasi. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi konstruk kesediaan teknologi, persepsi kegunaan, persepsi mudah digunakan, dan sikap terhadap penggunaan perisian pengurusan pembelajaran. Statistik deskriptif, ujian korelasi Pearson dan regresi linear digunakan dalam analisis data kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi optimis, persepsi kegunaan, persepsi mudah digunakan dengan sikap terhadap penggunaan perisian pengurusan pembelajaran. Manakala tiada wujud hubungan yang signifikan antara persepsi inovatif dengan sikap terhadap penggunaan perisian pembelajaran maya. Melalui kajian ini, adalah dicadangkan bahawa perisian pengurusan pembelajaran yang mudah digunakan akan mempengaruhi sikap terhadap penggunaan perisian berkenaan.