Pembangunan instrumen kompetensi pengetahuan dan kemahiran teknologi automotif (KTeA) untuk tenaga pengajar di Institut Latihan Kemahiran
Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan satu instrumen Teknologi Automotif(KTeA) bagi mengukur tahap kompetensi pengetahuan dan kemahiran tenaga pengajar di Institut LatihanKemahiran (ILK). Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kaedah pembangunan instrumen berpandukanModel Miller, Lovler dan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=22 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan satu instrumen Teknologi Automotif(KTeA) bagi mengukur tahap kompetensi pengetahuan dan kemahiran tenaga pengajar di Institut LatihanKemahiran (ILK). Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kaedah pembangunan instrumen berpandukanModel Miller, Lovler dan Mclntire (2013). Kajian ini mempunyai fasa pertama melibatkan prosesmereka bentuk dan membina instrumen. Mereka bentuk instrumen adalah menghasilkan konstruk dansubkonstruk berdasarkan analisis dokumen dan melibatkan teknik Delphi Terubah Suai sebanyak tigapusingan. Fasa kedua melibatkan proses kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Kesahan kandunganmelibatkan lima orang pakar dalam bidang Automotif. Kesahan konstruk dan kebolehpercayaan instrumendiperolehi dengan menjalankan kajian rintis pertama terhadap 50 pengajar ILK dan kajian rintiskedua terhadap 50 pengajar ILK. Dapatan menggunakan perisian Winstep 3.72.3 berdasarkan pendekatanmodel pengukuran Rasch mengekalkan 58 item pengetahuan dan 100 item kemahiran. Kajian sebenardilaksanakan ke atas 249 tenaga pengajar ILK menghasilkan kebolehpercayaan responden (0.82) dankebolehpercayaan item (0.98) bagi konstruk pengetahuan manakala kebolehpercayaan responden (0.99)dan kebolehpercayaan item (0.99) bagi konstruk kemahiran. Indeks pengasingan responden (2.13) danindeks pengasingan item (6.69) bagi konstruk pengetahuan manakala indeks pengasingan responden(8.33) dan indeks pengasingan item (12.56) bagi konstruk kemahiran. Instrumen KTeA mengekalkansebanyak 39 item pengetahuan dan 90 item kemahiran. Ini menunjukkan instrumen KTeA adalah instrumenyang baik kerana memenuhi piawaian psikometrik dan boleh digunakan oleh tenaga pengajar bagimengukur tahap kompetensi pengetahuan dan kemahiran. Impak kajian ini adalah instrumen KTeA bolehdijadikan alat pengukuran kompetensi pengetahuan dan kemahiran serta dijadikan rujukan untukmeningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi automotif. |
---|