Kefahaman dan kesilapan pelajar dalam pembelajaran topik pembezaan tingkatan empat (IR)

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kefahaman dan kesilapan pelajar dalam menyelesaikan masalah pembezaan dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan dalam memilih enam orang pelajar tingkatan empat sebagai sampel kajian...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nik Munirah Sa'adah Nik Ibrahim
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2016
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2295
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kefahaman dan kesilapan pelajar dalam menyelesaikan masalah pembezaan dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan dalam memilih enam orang pelajar tingkatan empat sebagai sampel kajian. Data primer kajian ini adalah data ujian dan data temubual. Data ujian dianalisis menggunakan kaedah analisis kefahaman Skemp, manakala data temubual telah dianalisis menggunakan kaedah analisis kesalahan Newman. Dapatan kajian ini mendapati pelajar hanya mempunyai kefahaman instrumental dan kesalahan yang sering dilakukan mereka ialah kesalahan membaca, kesalahan memahami dan kesalahan transformasi. Justeru, daripada kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa pelajar hanya menghafal algoritma penyelesaian matematik dan mereka tidak mampu menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah. Implikasi kajian ini ialah guru dapat mengenal pasti konsep-konsep yang perlu diberi perhatian semasa mengajar topik Pembezaan iaitu konsep pembezaan, algebra dan geometri serta merangka suatu rancangan pengajaran yang dapat membina kemahiran pelajar dalam menguasai konsep-konsep tersebut.