Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen untuk menilai pembelajaran Geometri tingkatan 1 (IR)

Kajian ini bertujuan membina instrumen untuk: menilai murid dalam pembelajaran geometri tingkatan 1 dan menentukan kesahan kandungan dan kebolehpercayaannya. Kaedah yang digunakan untuk membina instrumen dalam kajian ini adalah berpandukan Model Penilaian Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP). Kajian i...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Leow, Tze Wei
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2015
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2309
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan membina instrumen untuk: menilai murid dalam pembelajaran geometri tingkatan 1 dan menentukan kesahan kandungan dan kebolehpercayaannya. Kaedah yang digunakan untuk membina instrumen dalam kajian ini adalah berpandukan Model Penilaian Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP). Kajian ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu, kajian literatur, pembinaan instrumen kajian dan analisis kesahan kandungan dan kebolehpercayaan instrumen. Instrumen yang dibina adalah berbentuk rubrik dua lapis. Dapatan daripada kajian literatur menunjukkan terdapat lima konstruk iaitu, pengetahuan sedia ada murid, kefahaman murid dalam geometri, gaya pembelajaran murid, sikap pembelajaran murid serta pendekatan pengajaran guru. Sebanyak 79 item telah dibangunkan dalam instrumen ini. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kesemua lima panel pakar dalam bidang Pendidikan Matematik bersetuju bahawa instrumen yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang boleh diterima. Manakala, pekali kebolehpercayaan instrumen yang didapati daripada kajian ini ialah'D.946. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya menghasilkan instrumen penilaian pembelajaran geometri untuk murid tingkatan 1. Impak daripada instrumen bam ini adalah ia dapat menyalurkan maklumat yang lebih terperinci kepada guru tentang pembelajaran murid dalam Geometri.