Kajian kes eksploratori dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah melalui pendekatan projek (IR)

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pelaksanaan Pendekatan Projek (PP) ke atas pembelajaran murid Tahun Satu. Fokus kajian ialah mengenal pasti kerangka alternatif murid, mengkaji pembentukan konsep sains murid, mengukur minat dan motivasi murid serta mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Halim Marzuki
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2380
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pelaksanaan Pendekatan Projek (PP) ke atas pembelajaran murid Tahun Satu. Fokus kajian ialah mengenal pasti kerangka alternatif murid, mengkaji pembentukan konsep sains murid, mengukur minat dan motivasi murid serta mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi guru semasa menjalankan PP bagi topik sains yang dipilih. Reka bentuk kajian kes eksploratori dan pensampelan bertujuan digunakan ke atas sebuah kelas Tahun Satu terdiri daripada 22 orang murid berbeza latar belakang dan kebolehan. Dalam kajian ini, PP dijadikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan murid melaksanakan projek sains mengikut fasa-fasa dalam PP. Kajian ini menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen untuk mengumpul data. Melalui dua projek, dapatan kajian menunjukkan PP dapat mengenal pasti kerangka alternatif murid berkaitan konsep bentuk bongkah tiga dimensi dan timbul atau tenggelam melalui representasi yang dikumpulkan dalam bentuk lakaran dan interaksi verbal yang direkodkan. PP juga dapat membina konsep sains murid dengan berkesan melalui aktiviti penyiasatan, lawatan pakar dan penggunaan sumber sekunder. Analisis data yang dijalankan melalui pemerhatian penyelidik, ulasan guru, dan ibu bapa serta penjaga menunjukkan minat dan motivasi murid telah meningkat melalui PP. Isu dan cabaran sepanjang pelaksanaan projek turut dikenal pasti. Data-data pemerhatian dan temu bual menunjukkan PP memerlukan masa yang panjang, pengetahuan guru terhadap pengajaran konstruktivis adalah terhad dan kekangan sukatan pelajaran merupakan isu utama. Kajian ini juga mendapati reka bentuk pengajaran perlu mengambil kira minat dan pengetahuan sedia ada murid. Aktiviti dalam PP telah membantu murid dalam pembentukan idea yang saintifik. PP juga mampu meningkatkan minat dan motivasi murid untuk belajar dalam suasana yang kondusif dan bermakna. Kajian memberi implikasi terhadap bentuk pengajaran dan pembelajaran yang perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid bagi memastikan pembentukan konsep yang saintifik.