Peranan guru dan ibu bapa merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain (IR)

Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan guru dan ibu bapa dalam merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain. Kajian ini berdasarkan tiga objektif utama iaitu mengenal pasti perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain, mengenal pasti peranan yang dimai...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Rizalina Mat Radzi
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2014
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2407
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan guru dan ibu bapa dalam merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain. Kajian ini berdasarkan tiga objektif utama iaitu mengenal pasti perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain, mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh guru untuk merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak dan mengenal pasti sokongan ibu bapa di rumah dalam membantu merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kajian berbentuk kualitatif ini melibatkan 25 orang kanak-kanak prasekolah, 3 orang guru prasekolah dan 3 orang ibu bapa kanak-kanak prasekolah. Sokongan ibu bapa di rumah dilihat dari aspek perbincangan, penyeliaan anak-anak dan komunikasi ibu bapa di rumah. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur untuk mengenal pasti perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain. Kaedah temu bual digunakan bagi mendapat pandangan guru dan ibu bapa berkaitan perlaksanaan aktiviti tersebut. Analisis data secara kualitatif berbentuk diskriptif digunakan dalam kajian ini dan data yang diperoleh dilaporkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Kajian ini menumpukan kepada lima elemen perkembangan sosioemosi kanak-kanak iaitu kerjasama, yakin diri dan berani, kebolehan berinteraksi, sabar dan bertolak ansur. Hasil kajian yang diperoleh dilaporkan dalam bentuk kes demi kes iaitu berdasarkan pemerhatian semasa aktiviti bermain dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak berupaya meningkatkan perkembangan sosioemosi mereka melalui aktiviti bermain. Peranan guru sebagai perancang, pelaksana dan penilai dalam aktiviti yang dijalankan menjadi pendorong kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Sokongan ibu bapa di rumah turut membantu dalam meningkatkan perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Secara keseluruhannya, kerjasama antara guru dan ibu bapa amat perlu bagi merangsang perkembangan sosioemosi kanak-kanak.