Kolloum dalam perubahan sosio budaya masyarakat India di Malaysia (IR)

Seni melukis kolloum tradisional boleh didefinisikan sebagai kerja seni yang melibatkan kemahiran tangan yang memerlukan daya cipta yang diwarisi turun-temurun oleh masyarakat India yang diilhamkan daripada alam semulajadi iaitu motif flora, fauna dan motif geometri yang sangat penting dalam mereka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Santhi Letchumanan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2416
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seni melukis kolloum tradisional boleh didefinisikan sebagai kerja seni yang melibatkan kemahiran tangan yang memerlukan daya cipta yang diwarisi turun-temurun oleh masyarakat India yang diilhamkan daripada alam semulajadi iaitu motif flora, fauna dan motif geometri yang sangat penting dalam mereka motif untuk melukis kolloum. Kolloum tradisional dianggap oleh masyarakat India sebagai simbol yang memberi tuah iaitu simbol menyambut Devi Lakshmi yang bertanggungjawab memberi kekayaan dan kemakmuran serta sebagai satu tanda penghormatan kepada makluk kecil tuhan datang untuk memakan kandungan tepung beras disamping menjadi satu bentuk senaman kepada kaum wanita pada waktu subuh. Penelitian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Teknik pengumpulan data melalui participant observation terutama menggunakan pemerhatian, temuduga dan kajian dukumen. Manakala analisis data menggunakan analisis deskriptif berdasarkan kerangka teori dibina didasari dengan teori budaya. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesenian melukis kolloum tradisional di kalangan masyarakat India adalah berteraskan kepada agama Hindu sudah menjadi nilai yang dipegang sehingga hari ini sebagai panduan hidup. Dalam mengekalkan tradisi dan identiti yang sedia ada, masyarakat India yang melukis kolloumsecara tradisional berdepan dengan saingan dari teknik melukis lebih dinamik dalam penghasilan kolloum seperti penggunaan sticker, roller kolloum, polystyrene dan cat yang mengikis nilai keaslian dan keunikkan kolloum. Namun, melukis kolloum tradisional lebih dikaitkan dengan aspek keritualan dan memiliki falsafahnya tersendiri serta mengekalkan identiti masyarakat India di Malaysia.