Pemikiran reflektif guru pelatih bahasa Melayu (IR)

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pemikiran reflektif guru pelatih Bahasa Melayu. Seramai 100 orang responden dilibatkan dalam kajian ini dan terdiri dari-pada para pelajar yang mengikuti program Pendidikan Bahasa Melayu, Fakulti Baha-sa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idri...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nor Sahara Mesman
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2013
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2417
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pemikiran reflektif guru pelatih Bahasa Melayu. Seramai 100 orang responden dilibatkan dalam kajian ini dan terdiri dari-pada para pelajar yang mengikuti program Pendidikan Bahasa Melayu, Fakulti Baha-sa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Instrumen kajian yang digu-nakan adalah soal selidik yang disediakan dalam bentuk skala Likert. Analisis Kajian ini berbentuk statistik deskriptif dan analisis inferensi. Tiga dimensi yang dikaji iaitu meninjau ekspresi diri, pengajaran kendiri dan pengajaran sepanjang hayat oleh guru pelatih Bahasa Melayu. Analisis kajian diukur dengan skor min dan sisihan piawai, ujian Korelasi Pearson?s r dan ujian Khi Kuasa Dua. Dapatan kajian menunjukkan skor min keseluruhan bagi ketiga-tiga dimensi adalah 4.10 dan sisihan piawai adalah 0.712. Di samping itu, dapatan kajian korelasi menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara ekspresi diri, pengajaran kendiri dan pengajaran sepanjang hayat. Hasil dapatan ujian Khi Kuasa Dua pula menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah jantina guru pelatih Bahasa Melayu dan cara berfikir dalam konteks bidang pengajaran dengan pengalaman lepas. Begitu juga tidak terda-pat perbezaan signifikan antara aliran mengajar guru pelatih Bahasa Melayu dengan kepelbagaian strategi dalam pengajaran. Dalam konteks yang sama, tidak terdapat perbezaan signifikan antara lokasi pengajaran guru pelatih Bahasa Melayu dengan penggunaan teknologi dan tidak terdapat perbezaan antara bangsa guru pelatih dengan pembentukan motivasi. Kajian ini memberikan implikasi terhadap guru pelatih secara keseluruhan, penyelia dan institusi pendidikan. Begitu juga dengan kurikulum sebagai ejen perubahan harus diteliti, dinilai dan dirancang semula bagi menghasilkan guru yang berkualiti untuk memenuhi keperluan pasaran kerja pada masa akan datang.