Pembangunan model pencapaian Matematik di kalangan pelajar tingkatan empat (IR)

Kajian ini dijalankan adalah untuk membangun dan menguji model pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah Daerah Subang Jaya, Selangor. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah tinjauan. Sumber data primer dan sekunder diperoleh daripada respond...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Rozie Rosli
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2014
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2423
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan adalah untuk membangun dan menguji model pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah Daerah Subang Jaya, Selangor. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah tinjauan. Sumber data primer dan sekunder diperoleh daripada responden dari pangkalan data sekolah. Sebanyak 217 soal selidik telah diedarkan kepada pelajar dan diuji kebolehpercayaan dan kesahan melalui kaedah bahagi-dua dan nisbah kesahan kandungan. Model pencapaian matematik dibangunkan melalui kaedah kuasa dua terkecil separa (KTS) dengan menggunakan perisian VPLS1.04. Kaedah ini dipilih kerana KTS amat sesuai digunakan apabila andaian taburan normal bagi data tidak dapat dipenuhi. Keputusan bagi kebolehpercayaan pemboleh ubah pendam adalah di antara 0.7 hingga 0.9. Manakala bagi nilai purata varians terekstrak (PVT) melebihi nilai yang ditetapkan iaitu 0.5. Ia membuktikan penerimaan model pencapaian matematik yang dibangunkan. Keputusan analisis pemodelan KTS menyokong kesesuaian model yang dibangunkan dengan kesemua pekali regresi adalah signifikan. Model pencapaian matematik yang dibangunkan memberi satu panduan kepada pembuat dasar dalam menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian matematik.