Analisis masalah ponteng dalam kalangan pelajar India di sekolah menengah melalui kaedah pedagogi hermeneutik (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar India di sebuah sekolah menengah di Sungai Siput (U), Perak. Sampel kajian ini terdiri daripada 20 orang pelajar India tingkatan empat. S amp el kajian ini dikumpulkan berasaskan semakan buku kedatangan kelas dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Stevan, Florence
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2437
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar India di sebuah sekolah menengah di Sungai Siput (U), Perak. Sampel kajian ini terdiri daripada 20 orang pelajar India tingkatan empat. S amp el kajian ini dikumpulkan berasaskan semakan buku kedatangan kelas dan fail ponteng sekolah. Kaedah Pedagogi Hermeneurik sebagai metodologi kualitatif dan interprerif digunakan untuk menginterpretasikan transkripsi temu bual bagi mengkaji dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar India yang ponteng sekolah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor diri, keluarga dan guru adalah antara riga punca utama yang menyebabkan berlakunya masalah ponteng dalam kalangan pelajar. Faktor diri pelajar meliputi pelajar yang tidak berminat dalam pembelajaran, tidak menyiapkan kerja rumah dan juga bekerja sehingga lewat malam. Seterusnya, faktor keluarga seperti ketandusan kasih sayang, kurangnya pemantauan ibu bapa terhadap pembelajaran serta pertelingkahan antara ibu bapa turut menyebabkan masalah ponteng dalam kalangan pelajar. Di samping itu, masalah ini juga disebabkan oleh faktor guru, iaitu guru yang tidak bersimpari terhadap pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran, ketegasan guru yang berlebihan dan kaedah pengajaran guru yang kurang berkesan. Diharap dapatan kajian ini dapat membantu Kementerian Pelajaran, sekolah, guru-guru, ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru dalam menangani masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah.