Kesan penggunaan Google Earth dalam pembelajaran peta mata pelajaran Geografi (IR)

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji kesan visualisasi penjelajahan dengan menggunakan Google Earth dalam pembelajaran peta geografi. Kerangka visualisasi penjelajahan untuk kajian ini diubahsuai daripada model pemprosesan maklumat Ormand, dan Model Visualisasi Penjelajahan. Visualisasi pen...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mastura Osman
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2014
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2438
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji kesan visualisasi penjelajahan dengan menggunakan Google Earth dalam pembelajaran peta geografi. Kerangka visualisasi penjelajahan untuk kajian ini diubahsuai daripada model pemprosesan maklumat Ormand, dan Model Visualisasi Penjelajahan. Visualisasi penjelajahan dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu: i)visual kognitif memori (VKM), ii)visual kognitif imageri (VKI) dan iii)visual kognitif pengetahuan (VKP). Pendekatan kajian pra-eksperimen dengan reka bentuk satu kumpulan ujian pra dan ujian pos telah digunakan bagi menilai kesan pencapaian pelajar. Sampel kajian adalah terdiri daripada 71 orang pelajar sekolah menengah di dua buah sekolah di daerah Gombak, Selangor. Hasil analisis ujian-T menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian pelajar. Hasil kajian ini juga menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan bagi visual kognitif memori(VKM) dan visual kognitif pengetahuan (VKP). Walau bagaimanapun, hasil analisis ini juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan bagi visual kognitif imageri (VKI). Kesimpulannya, hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa visualisasi penjelajahan dengan menggunakan Google Earth mempunyai potensi bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran peta geografi. Oleh yang demikian, adalah disyorkan supaya penggunaan Google Earth diintegrasikan dalam pembelajaran mata pelajaran Geografi terutama dalam pembelajaran peta kerana ia dapat menyumbang kesan yang positif dalam pencapaian pelajar.