Hubungan antara kemahiran penaakulan saintifik dan gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik dalam kalangan murid tingkatan empat (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kemahiran penaakulan saintifik, gaya pembelajaran yang dominan, serta hubungan antara kemahiran penaakulan saintifik, gaya pembelajaran dan pencapaian matematik dalam kalangan murid tingkatan empat. Kajian kuantitatif deskriptif ini menggunakan kaedah tinjauan d...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Suzana Ayob
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2014
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2440
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk menentukan kemahiran penaakulan saintifik, gaya pembelajaran yang dominan, serta hubungan antara kemahiran penaakulan saintifik, gaya pembelajaran dan pencapaian matematik dalam kalangan murid tingkatan empat. Kajian kuantitatif deskriptif ini menggunakan kaedah tinjauan dan korelasi. Seramai 351 murid tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan di Pulau Pinang terlibat dalam kajian ini. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik dan ujian. Kemahiran penaakulan saintifik, gaya pembelajaran dan pencapaian matematik masing-masing diukur menggunakan Ujian Kemahiran Penaakulan Saintifik, Soal Selidik Gaya Pembelajaran dan Ujian Pencapaian Matematik. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran penaakulan saintifik dalam kalangan kebanyakan murid berada pada tahap operasi konkrit (Min= 1. 76, S.P=1.55). Murid juga didapati mempunyai tahap kemahiran penaakulan saintifik yang berbeza berdasarkan pakej aliran dan kaum, tetapi tidak terdapat perbezaan tahap kemahiran penaakulan saintifik antara murid lelaki dan perempuan. Pencapaian matematik murid juga adalah berbeza bagi setiap tahap kemahiran penaakulan saintifik dan pakej aliran tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut jantina dan kaum. Selain itu, terdapat kesan interaksi antara tahap kemahiran penaakulan saintifik dan pakej aliran terhadap pencapaian matematik. Gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan murid adalah dimensi aktivis dan reflektif. Kajian juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran murid berdasarkan pakej aliran, jantina dan kaum. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara tahap kemahiran penaakulan saintifik dengan pencapaian matematik murid dan terdapat juga hubungan positif yang amat lemah dan signifikan bagi beberapa dimensi gaya pembelajaran dengan pencapaian matematik. Walau bagaimanapun, dapatan juga menunjukkan wujud -hubungan yang tidak signifikan antara gaya pembelajaran dengan tahap kemahiran penaakulan saintifik. Implikasi hasil kajian ini boleh digunakan sebagai penanda aras tahap kemahiran penaakulan saintifik murid sekolah menengah.