Sudawil : analisis dari aspek makna

Sudawil adalah puisi lisan Kadazandusun yang semakin dilupakan. Untuk mengelak sudawil lenyap daripada ingatan pendukungnya, maka kajian ini dilakukan untuk meneliti makna sudawil daripada dimensi linguistik dan budaya masyarakat Kadazandusun yang ditonjolkan melalui aspek makna denotatif, konotatif...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Julita@Norjietta Taisin
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2014
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2447
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Sudawil adalah puisi lisan Kadazandusun yang semakin dilupakan. Untuk mengelak sudawil lenyap daripada ingatan pendukungnya, maka kajian ini dilakukan untuk meneliti makna sudawil daripada dimensi linguistik dan budaya masyarakat Kadazandusun yang ditonjolkan melalui aspek makna denotatif, konotatif dan fungsi kohesi. Dengan mengaplikasikan pendekatan Teori Analisis Komponen Makna oleh Katz (1972) elemen-elemen sinonim, metafora dan kohesi telah membuktikan bahawa sudawil mampu mengungkap makna yang luas. Pengumpulan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan rujukan pustaka. Secara keseluruhan, kajian ini berhasil mengungkap tiga tafsiran makna. Pertama, wujudnya padanan makna perkataanperkataan tertentu dalam ungkapan sudawil. Kedua, penggunaan unsur metafora mampu mewujudkan pelbagai makna untuk mengekalkan interaksi sosial berlandaskan adat dan budaya masyarakat penggunanya. Ketiga, unsur kohesi no mempengaruhi ungkapan wacana bermakna kerana ia memberi penegasan maklumat dengan berkesan. Kombinasi ketiga-tiga elemen tersebut telah membuktikan bahawa sudawil merupakan tradisi lisan yang menyimpan nilai dan norma kehidupan masyarakatnya dan sudawil seharusnya dipertahankan oleh generasi muda sebagai tradisi hidup yang masih bersesuaian pada zaman moden.