Keusahawanan sosial, daya tahan dan daya saing pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia (IR)
Kajian ini bertujuan mengenal pasti keusahawanan sosial, daya tahan dan daya saing pelajar di 1PT. Seramai 1531 pelajar dari 30 buah 1PT yang menyertai program S1FE dilibatkan sebagai populasi dalam kajian keusahawanan sosial ini. Sebagai perbandingan dengan pelajar aktif S1FE, populasi pelajar 1PT...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2448 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan mengenal pasti keusahawanan sosial, daya tahan dan daya saing pelajar di 1PT. Seramai 1531 pelajar dari 30 buah 1PT yang menyertai program S1FE dilibatkan sebagai populasi dalam kajian keusahawanan sosial ini. Sebagai perbandingan dengan pelajar aktif S1FE, populasi pelajar 1PT yang sedang mengikuti ljazah Sarjana Muda Pertama yang tidak menyertai program S1FE pada tahun 2011 juga dilibatkan bagi mengenal pasti tahap daya tahan dan daya saing mereka. Kajian difokuskan kepada penentuan tahap keusahawanan sosial, daya tahan dan daya saing pelajar 1PT. Kajian turut menentukan sarna ada wujud perbezaan tahap keusahawanan so sial, daya tahan dan daya saing berdasarkan demografi. Selain itu, kajian ini mengenal pasti hubungan antara ciri-ciri peribadi khusus usahawan sosial dengan pengorganisasian keusahawanan so sial serta surnbangan kedua-duanya ke atas daya tahan dan daya saing pelajar. Soal selidik digunakan untuk memungut data kajian. Statistik deskriptif seperti skor min, sisihan piawai, peratusan dan frekuensi digunakan untuk memerihal profil keusahawanan sosial, daya tahan dan daya saing pelajar 1PT. Manakala statistik inferensi meliputi ujian t, ujian ANOVA sehala, ujian korelasi Pearson serta regresi pelbagai diaplikasi bagi menguji kesemua hipotesis kajian. Hasil kajian mendapati bahawa wujud perbezaan signifikan keusahawanan sosial pelajar aktif S1FE berdasarkan kategori 1PT dan tempoh penglibatan. Korelasi positif yang kuat juga wujud di antara ciri-ciri peribadi khusus usahawan sosial dengan pengorganisasian keusahawanan sosial, manakala korelasi positif yang sederhana kuat pula wujud di antara keusahawanan sosial dengan daya tahan serta daya saing pelajar. Elemen-elemen keusahawanan sosial juga menyumbang kepada peningkatan skor varians dalam daya tahan dan daya saing pelajar. Hasil kajian diharap dapat dimanfaatkan oleh pihak yang berkaitan dalam rnerancang, menyusun dan melaksanakan usaha-usaha menghidupkan program bercorak keusahawanan sosial agar matlamat untuk melahirkan graduan yang rnerniliki daya tahan dan daya saing yang tinggi dapat direalisasikan. |
---|