Kesan kelompok bimbingan ke atas konsep kendiri, daya tahan dan kelangsangan remaja (IR)
Kajian eksperimen ini bertujuan mengkaji kesan Kelompok Bimbingan Kecil Peningkatan Konsep Kendiri (KBKPKK) dan Kelompok Bimbingan Besar Peningkatan Konsep Kendiri (KBBPKK) yang berorientasikan pendekatan gabungan Terapi Tingkahlaku-Kognitif dan Model Konsep Kendiri Multidimensi (TTKMKKM) di kalanga...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2619 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian eksperimen ini bertujuan mengkaji kesan Kelompok Bimbingan Kecil Peningkatan Konsep Kendiri (KBKPKK) dan Kelompok Bimbingan Besar Peningkatan Konsep Kendiri (KBBPKK) yang berorientasikan pendekatan gabungan Terapi Tingkahlaku-Kognitif dan Model Konsep Kendiri Multidimensi (TTKMKKM) di kalangan remaja pertengahan yang sederhana rendah dalam konsep kendiri. Keberkesanan intervensi KBKPKK dan KBBPKK diukur dari segi peningkatan konsep kendiri, penilaian konsep kendiri - rakan sebaya, daya tahan dan pengurangan kelangsangan kumpulan rawatan. Kajian dijalankan terhadap pelajar tingkatan empat di dua buah sekolah menengah di daerah Hulu Selangor, Selangor. Soal selidik yang digunakan mengandungi maklumat peribadi dan empat soal selidik kajian iaitu Skala Konsep Kendiri Multidimensi (SKKM), Skala Penilaian Konsep Kendiri - Rakan Sebaya (SPKK-RS), Skala Daya Tahan Remaja (SDTR) dan Soal Selidik Kelangsangan (SK). Seramai 104 subjek dipilih memasuki dua jenis kelompok rawatan dan satu kelompok kawalan. Subjek rawatan KBKPKK ialah 31 pelajar yang dibahagikan kepada tiga kelompok kecil (Rla=11, Rlb=lO dan R1e=10), KBBPKK seramai 31 pelajar dalam satu kelompok besar (R2=31) dan satu kelompok kawalan (K1 =42). Subjek kelompok rawatan diberi lapan sesi kelompok mingguan dalam masa lapan minggu. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif, ANOVA, MANCOVA dan Post Hoc jenis Tuckey pada aras signifikan .01 dan .05. Dapatan kajian mendapati rawatan KBKPKK dan KBBPKK berkesan dalam meningkatkan pemboleh ubah terikat konsep kendiri, penilaian konsep kendiri - rakan sebaya, daya tahan dan mengurangkan kelangsangan kelompok rawatan berbanding kelompok kawalan. Kelompok rawatan KBKPKK didapati lebih berkesan berbanding rawatan KBBPKK. Kajian juga mendapati faktor jantina dan faktor kaum tidak mempengaruhi kesan rawatan. Implikasi kajian ini memberi sumbangan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling apabila berjaya menggubal suatu model kelompok bimbingan kecil dan kelompok bimbingan besar yang berorientasikan gabungan pendekatan TTK-MKKM dalam meningkatkan konsep kendiri pelajar secara berkesan. |
---|