Pembinaan, kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur Keperluan Asas Berdasarkan Teori Pilihan (Choice Theory) (IR)
Kajian ini dijalankan untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur Keperluan Asas Berdasarkan Teori Pilihan (Choice Theory). Seramai 5 orang pakar yang terlibat dalam mengesahkan alat kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa kelima-lima pakar memberi kesahan yang tinggi iaitu skor sebanyak 91...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2638 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur Keperluan Asas Berdasarkan Teori Pilihan (Choice Theory). Seramai 5 orang pakar yang terlibat dalam mengesahkan alat kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa kelima-lima pakar memberi kesahan yang tinggi iaitu skor sebanyak 91 % dalam alat ukur tersebut. Seramai 119 orang pelajar Tingkatan Empat yang terlibat untuk mengukur kebolehpercayaan instrumen ini. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 85 item dengan 5 subskala yang telah diubahsuai berdasarkan Teori Pilihan. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah Cronbach Alpha dan uji dan uji kembali. Keputusan kajian menunjukkan hanya 47 item daripada 85 item dalam alat ukur ini yang bermutu. Secara keseluruhan, pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha adalah pada tahap yang baik dengan nilai .871. Sehubungan dengan keputusan yang diperoleh, beberapa cadangan telah dikemukakan. |
---|