Keberkesanan model Kaunseling Kelompok Berstruktur terhadap perhargaan kendiri dan motivasi pelajar (IR)

Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan model kaunseling kelompok berstruktur terhadap penghargaan kendiri dan motivasi pelajar. Kajian ini dijalankan secara eksperimental iaitu melalui ujian pra dan ujian pos ke atas 40 orang pelajar tingkatan dua daripada sebuah sekolah menengah di dalam daerah...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Abdul Rahman Khalid
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2013
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2646
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan model kaunseling kelompok berstruktur terhadap penghargaan kendiri dan motivasi pelajar. Kajian ini dijalankan secara eksperimental iaitu melalui ujian pra dan ujian pos ke atas 40 orang pelajar tingkatan dua daripada sebuah sekolah menengah di dalam daerah Kinta yang dipilih berdasarkan skor min soalselidik yang menggunakan Self Esteem Inventory (SEI) dan Ujian Motivasi Pencapaian. Mereka kemudian dibahagikan kepada dua kumpulan dengan menggunakan kaedah sampel rawak berpasangan, iaitu kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Subjek kumpulan rawatan diberikan sepuluh sesi bimbingan kelompok. Bimbingan kelompok ini menggunakan Modul Kaunseling Kelompok Berstruktur (KKB) yang berlandaskan Teori Rasional Emotif Perlakuan. Kumpulan rawatan telah menerima rawatan menggunakan KKB sementara kumpulan kawalan mengikuti kehidupan seperti biasa. Data kuantitatif dikumpul dengan menggunakan soal selidik SEI dan Ujian Motivasi Pencapaian. Data kajian dianalisis menggunakan ujian-t berpasangan, ANCOVA dan ujian Post Hoc dengan aras signifikan ditetapkan pada aras .05. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada penghargaan kendiri dan motivasi pencapaian antara ujian pra dan ujian pos terhadap kelompok rawatan. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian pos antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan pendekatan kaunseling kelompok menggunakan modul KKB berkesan dalam meningkatkan tahap penghargaan kendiri dan motivasi pencapaian pelajar.