Penggunaan teknik-teknik terapi kognitif tingkah laku (CBT) untuk menolong individu yang mempunyai trait keinginsempurnaan: satu kajian kes (IR)
Trait keinginsempumaan merupakan konstruk personaliti yang melibatkan usaha untuk tidak cacat dan menetapkan piawai yang tinggi (Flett & Hewitt, 2002). Tujuan kajian ini adalah meneroka tahap trait keinginsempurnaan dan peringkat (skala) simptom kesihatan mental subjek. Kajian juga mengkaji sarn...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2653 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Trait keinginsempumaan merupakan konstruk personaliti yang melibatkan usaha untuk tidak cacat dan menetapkan piawai yang tinggi (Flett & Hewitt, 2002). Tujuan kajian ini adalah meneroka tahap trait keinginsempurnaan dan peringkat (skala) simptom kesihatan mental subjek. Kajian juga mengkaji sarna ada teknik teknik CBT berkesan untuk mengurangkan tahap trait keinginsempurnaan pada tiga domain (orientasi kendiri, orientasi orang lain dan penentuan sosial) dan simptom kesihatan mental negatif serta meningkatkan simptom kesihatan mental positif Lapan sesi rawatan intervensi berdasarkan teknik-teknik CBT telah diberikan kepada seorang subjek kajian. Data ujian pra dan ujian pasca dikumpul dengan menggunakan instrumen Sistem Pemetaan Minda dan Skala Keinginsempurnaan Multidimensi. Data kualitatif daripada transkrip sesi kaunseling individu dan sesi temu bual separa berstruktur juga dianalisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa teknik-teknik CBT iaitu teknik guided discovery, teknik rekod pemikiran disfungsional, teknik menstruktur semula kognitif dan teknik relaksasi adalah berkesan dalam membantu subjek mengurangkan trait keinginsempurnaan dan simptom kesihatan mental negatif serta meningkatkan simptom kesihatan mental positif. Implikasi kajian ini telah memberi maklumat kepada pihak universiti. kaunselor dan juga bidang kaunseling berkaitan dengan trait keinginsempumaan dan simptom kesihatan mental pelajar universiti serta teknik-teknik CBT yang berkesan digunakan untuk membantu individu yang mempunyai trait keinginsempumaan. |
---|