Sumbangan orang Cina di Tanah Melayu kepada negara China: 1880-1941 (IR)

Keadaan politik, ekonomi dan sosial di China yang tidak stabil menjadi faktor penolak untuk orang Cina datang ke Tanah Melayu. Walau pun, berada jauh daripada tanah air namun mereka begitu taat kepada keluarga dan negara. Corak kehidupan di Tanah Melayu membolehkan mereka dapat mengekalkan tradisi,...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Fairisa Othman
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2010
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2658
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Keadaan politik, ekonomi dan sosial di China yang tidak stabil menjadi faktor penolak untuk orang Cina datang ke Tanah Melayu. Walau pun, berada jauh daripada tanah air namun mereka begitu taat kepada keluarga dan negara. Corak kehidupan di Tanah Melayu membolehkan mereka dapat mengekalkan tradisi, kebudayaan dan kepercayaan mereka. Semangat cintakan negara dan tanah air menyebabkan orang Cina di Tanah Melayu memberi sumbangan terutamanya dalam aspek politik, pembangunan ekonomi dan juga so sial kepada Negara China. Sepanjang tempoh 1880 sehingga 1941, menyaksikan perubahan corak pemerintahan China daripada Sistem Monarki (1880-1911) kepada Sistem Republik (1912-1941) apabila gerakan Revolusi 1911 berjaya menggulingkan Dinasti Manchu pada 1911. Tulang belakang di sebalik kej ayaan gerakan Revolusi 1911 adalah peranan dan sumbangan daripada orang Cina di seberang laut terutamanya di Tanah Melayu. Namun, sumbangan bukan sahaja diberikan semasa gerakan Revolusi, tetapi sumbangan dan bantuan turut diberikan semasa China di bawah pemerintahan Kerajaan Ch'ing dan selepas penubuhan Republik China.. Sumbangan daripada orang Cina mencapai kemuncaknya apabila berlakunya Perang China-Jepun Kedua pada 1937. Orang Cina di Tanah Melayu berebut-rebut untuk kembali ke China untuk memberi khidmat secara sukarela. Selain itu, bantuan kewangan dan sokongan moral turut diberikan daripada orang Cina di Tanah Melayu. Malah, disebabkan sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh orang Cina di Tanah Melayu, mereka mendapat layanan yang sangat buruk semasa pendudukan J epun di Tanah Melayu pada 1942-1945. Ini sekali gus, menyebabkan bantuan dan sumbangan kepada China terhenti.