Pembangunan dan pelaksanaan modul Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam kalangan pelajar Tingkatan Satu (IR)

Kajian ini bertujuan membangun dan melaksanakan modul bagi topik 'Sel sebagai Unit Asas Kehidupan'. Kajian ini juga membuat perbandingan kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (PBI) dengan Pembelajaran Tradisional (PT) melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) serta membandingkan Pentaks...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azlina Amir Hamzah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2679
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membangun dan melaksanakan modul bagi topik 'Sel sebagai Unit Asas Kehidupan'. Kajian ini juga membuat perbandingan kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (PBI) dengan Pembelajaran Tradisional (PT) melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) serta membandingkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan Pentaksiran Konvensional (PK). Keberkesanan PBI bagi pencapaian akademik, kemahiran sosial (Domain Afektif), kognitif (Domain Kognitif), kemahiran manipulatif (Domain Psikomotor) serta gabungan kemahiran sosial, kognitif dan kemahiran manipulatif (KMS) turut dikaji. Reka bentuk kajian merupakan eksperimen kuasi. Teknik persampelan bertujuan digunakan bagi memilih 60 orang pelajar daripada dua buah kelas Tingkatan 1 di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Dua instrumen digunakan; iaitu ujian pencapaian dan rubrik Penilaian Kerja Amali (PEKA). Data dianalisis menggunakan ujian-t, MANOVA dan korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati PBI memberikan kesan signifikan terhadap pencapaian akademik (t(29) = -4.886, p