Kesan animasi bersegmen dengan pelbagai strategi kawalan pengguna terhadap prestasi dan bebanan kognitif pelajar (IR)
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan animasi bersegmen dengan pelbagai strategi kawalan pengguna terhadap prestasi dan bebanan kognitif pelajar yang berbeza tahap pengetahuan sedia ada. Penilaian dilakukan melalui ujian pos dan ujian bebanan kognitif manakala lima strategi kawalan pengguna terse...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2685 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan animasi bersegmen dengan pelbagai strategi kawalan pengguna terhadap prestasi dan bebanan kognitif pelajar yang berbeza tahap pengetahuan sedia ada. Penilaian dilakukan melalui ujian pos dan ujian bebanan kognitif manakala lima strategi kawalan pengguna tersebut ialah strategi Kawalan Pengguna Linear (KPL), Kawalan Pengguna Rawak (KPR), Kawalan Program (KP), Kawalan Pengguna Bebas (KB) dan Tanpa Kawalan (TK). Reka bentuk kajian berbentuk eksperimen kuasi dan data kajian dianalisis melalui pendekatan kuantitatif. Seramai 265 orang pelajar semester 2 kursus Diploma Sistem Rangkaian dari lima buah Politeknik dipilih sebagai sampel kajian. Secara keseluruhan, ujian statistik ANCOVA, ANOVA, regresi linear serta regresi linear berganda digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari sudut ujian pos dan bebanan kognitif antara kumpulan pelajar yang menerima strategi kawalan paparan animasi bersegmen yang berbeza. Selain itu, daripada aspek pengetahuan sedia ada pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari sudut prestasi ujian pos dan bebanan kognitif antara kumpulan pelajar yang mempunyai pengetahuan sedia ada yang tinggi dan rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap bebanan kognitif mempunyai hubungan yang signifikan sebagai peramal signifikan dalam menentukan pencapaian pelajar. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati peranan bebanan kognitif adalah mediator yang signifikan terhadap perhubungan antara strategi kawalan paparan animasi bersegmen dengan pencapaian pelajar. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan penggunaan strategi kawalan pengguna sama ada Kawalan Pengguna Rawak atau Kawalan Pengguna Linear sebagai strategi yang signifikan untuk pembelajaran kandungan abstrak dalam bentuk animasi. |
---|