Kajian kes tahap perapatan dan rasa selamat dalam kalangan kanak-kanak di sebuah prasekolah (IR)

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap perapatan yang wujud antara guru dengan kanak-kanak di prasekolah dalam aktiviti pembelajaran dan aktiviti bukan pembelajaran. Menggunakan pendekatan kualitatif, data kajian diperolehi daripada analisis rekod naratif, Borang Skema Pemerhatian Perapatan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Syarifah Ratna Sari Syed Mohd Zain
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2015
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2722
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap perapatan yang wujud antara guru dengan kanak-kanak di prasekolah dalam aktiviti pembelajaran dan aktiviti bukan pembelajaran. Menggunakan pendekatan kualitatif, data kajian diperolehi daripada analisis rekod naratif, Borang Skema Pemerhatian Perapatan Guru-kanak-kanak (BSPP), dan Rubrik Tahap Perapatan dan Tahap Rasa Selamat (RTP-TRS) yang digubal oleh pengkaji. Kajian ini telah dijalankan di sebuah tadika di Daerah Bidor, melibatkan 41 orang kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dan tiga orang guru. Kesemuanya, sembilan pemerhatian telah dilakukan dan dirakamkan. Dapatan kajian menunjukkan tahap keakraban guru dengan majority kanak-kanak adalah pada tahap 0 dan 1, yang bermaksud tiada perapatan atau perapatan adalah tidak akrab. Hanya segelintir kanak-kanak yang mempunyai perapatan tahap 2 dan 3, iaitu hubungan ikatan perapatan yang lebih akrab. Menggunakan rubrik RTP-TRS, didapati tahap rasa selamat yang dialami oleh kanak-kanak di prasekolah adalah pada tahap rendah dan tahap tidak bebas. Ini boleh diinterpretasikan sebagai perasaan tidak berautonomi atau tiada keyakinan diri untuk terlibat dalam pembelajaran di prasekolah. Dapatan ini memberi implikasi yang besar bukan sahaja kepada guru dan pihak-pihak pemegang taruh di prasekolah ini, tetapi juga kepada pendidikan prasekolah lain di Malaysia.