Cabaran dan strategi kejayaan peniaga orang Asli di negeri Perak, Malaysia (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran dan strategi kejayaan peniaga Orang Asli Malaysia. Kajian ini telah menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif untuk mengumpul data melalui temu bual dan pemerhatian. Kaedah persampelan bertujuan yang digunapakai terdiri daripada peniaga-peniaga Oran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lavanya Ponnusamy
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=282
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran dan strategi kejayaan peniaga Orang Asli Malaysia. Kajian ini telah menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif untuk mengumpul data melalui temu bual dan pemerhatian. Kaedah persampelan bertujuan yang digunapakai terdiri daripada peniaga-peniaga Orang AsH di daerah Perak Tengah, Perak. Analisis kandungan dan perbandingan berterusan telah digunakan. Hasil kajian. mendapati cabaran-cabaran yang dihadapi peniaga Orang Asli termasuk kekurangan modal, amalan membeli barang secara berhutang, masalah logistik, kemudahan infrastruktur, peluang pekerjaan serta tanggapan rendah masyarakat terhadap Orang Asli walaupun pelbagai strategi perniagaan telah digunakan. Kajian ini mencadangkan program JAKOA dan badan kerajaan lain terus menjalankan program motivasi, seminar dan latihan untuk meningkatkan ilmu kemahiran peniaga-peniaga Orang Asli dalam bidang perniagaan yang dipilih.