Ketidakhadiran ibu bapa dan kesannya ke atas kesejahteraan sosial dan emosi seorang kanak-kanak lima tahun (IR)

Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan ketidakhadiran ibu bapa terhadap kesejahteraan sosial dan emosi seorang kanak-kanak yang dibesarkan di rumah kanak-kanak. Kajian ini juga mengenalpasti tahap perapatan yang wujud di antara seorang kanak-kanak dan pengasuhnya serta kemampuan pengasuh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rozinah Junaidi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2836
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan ketidakhadiran ibu bapa terhadap kesejahteraan sosial dan emosi seorang kanak-kanak yang dibesarkan di rumah kanak-kanak. Kajian ini juga mengenalpasti tahap perapatan yang wujud di antara seorang kanak-kanak dan pengasuhnya serta kemampuan pengasuh untuk memainkan peranan menyokong pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak yang sihat. Data diperolehi melalui temu bual dan pemerhatian dengan menggunakan senarai semak dan rakaman video. Kajian ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun yang tinggal di rumah kanak-kanak sejak berumur setahun. Dapatan menunjukkan bahawa kanak-kanak ini mengalami kekurangan dari segi membina hubungan positif dengan orang dewasa dan kanak-kanak lain. Perapatan di antara kanak-kanak dengan pengasuh dan sebaliknya, pengasuh dengan kanak-kanak, adalah rendah. Pengasuh juga didapati tidak mampu memainkan peranan untuk menyokong pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak dengan cara yang sihat. Kesimpulannya, ketidakhadiran ibu bapa memberi kesan yang kurang sihat ke atas kesejahteraan sosial dan emosi kanak-kanak. Kajian ini memberi implikasi terhadap pengasuh untuk memberi lebih perhatian kepada memenuhi keperluan emosi dan sosial kanak-kanak, Pengusaha hendaklah memberi tunjuk ajar kepada pengasuh untuk menyediakan suasana kehidupan yang lebih mesra dan positif. Pihak berkuasa pula perlu memantau dengan lebih teliti keadaan penghuni rumah kanak-kanak supaya mereka dapat melalui kehidupan dengan lebih bermakna.